
China Bangunkan Markas Simulasi, Tawar Pengalaman Jadi ‘Angkasawan’
TRAVELKalau cerita bab pelancongan ada pelbagai jenis seperti eko-pelancongan, agro-pelancongan, homestay, pelancongan Islamik dan pelancongan Pendidikan.
Tapi, jarang kita dengar ada pelancongan angkasa lepas, kan? Wah, bunyi macam menarik!
Ya, di China sekarang ada dibangunkan sebuah markas simulasi yang dinamakan ‘C-Space Project Mars’ yang terletak di Gurun Gobi, iaitu di bahagian utara negara Tembok Besar tersebut.
Pangkalan yang bernilai USD 61 juta itu dibina seakan menyerupai landskap dan keadaan sebenar di Planet Marikh.
Pada asalnya, ia dibangunkan sebagai sebuah projek pendidikan luar angkasa khusus untuk para remaja China agar mereka mendapat pendedahan awal sebagai persiapan menjadi generasi pelapis angkasawan negara berkenaan.
Ia telah dibuka kepada golongan pelajar tempatan dan orang awam secara rasmi, semalam (17 April).
Namun, pangkalan itu juga menarik untuk dijadikan sebagai produk pelancongan China memandangkan lokasinya yang terletak di gurun terbesar Asia dengan tanah berwarna merah dan berbatu, sama seperti permukaan Planet Marikh di angkasa lepas.
Oleh itu, difahamkan markas tersebut bakal dibuka kepada pelancong luar pada tahun depan.
Jika ke sini, pengunjung dapat merasai pengalaman menjalani kehidupan harian seperti di Planet Marikh kerana ia menawarkan 9 buah kabin untuk tempat tinggal, ruang airlock, tempat makan dan pusat eksplorasi ruang angkasa.
Paling best, di sini juga disediakan set pakaian lengkap seorang angkasawan yang boleh dicuba pengunjung!
Bandar terdekat dengan markas ini ialah Kota Jinchang yang terletak kira-kira 40 kilometer.
Dengan adanya tarikan pelancongan terbaharu ini, China menyasarkan untuk menarik 2 juta pengunjung ke sini setiap tahun menjelang 2030.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video