Cukai Sayonara ¥1,000 Diperkenalkan Untuk Pelancong Keluar Dari Jepun Bermula 7 Januari Ini





Cukai Sayonara ¥1,000 Diperkenalkan Untuk Pelancong Keluar Dari Jepun Bermula 7 Januari Ini. Ini mungkin salah satu berita yang kurang enak buat kaki travel khususnya yang ingin ke Jepun. Cukai ini telah diluluskan oleh Parlimen Jepun dalam suku pertama tahun lalu. Kini perlaksanaan cukai sebanyak ¥1,000 (RM38) tersebut akan bermula pada 7 Januari ini.

Cukai ini akan digunakan oleh kerajaan Jepun untuk mengumpul dana bagi menambahbaik infrastruktur sedia ada dan seterusnya akan menarik pelancong untuk tetap berkunjung ke negara matahari tersebut serta menambahbaik proses urusan imigresen.

Walaubagaimanapun bagi penumpang transit tidak lebih daripada 24 jam, kanak-kanak berusia kurang dari 2 tahun dan semua pelancong dalam penerbangan sebelum 7 Januari cukai ini akan dikecualikan. Perlaksanaan cukai ini dijadualkan akan digunakan untuk memasang sistem pengecaman wajah di pintu perlepasan dan menambahbaik kecekapan urusan penerbangan.

;