Dapat Kecaman Penduduk Tempatan, Airbnb Batal Tawaran Bermalam Di Tembok Besar China

TRAVEL
August 08, 2018 - 05:45 PM


Minggu lalu, Airbnb telah mengadakan satu contest dan menjemput pemenang untuk bermalam di Tembok Besar China.

Diumumkan pada minggu lepas, contest yang diberi tajuk “Night at the Great Wall” tersebut akan memilih empat orang pemenang untuk bermalam di tapak warisan UNESCO tersebut pada September hadapan. Dalam masa yang sama, mereka ingin mempromosikan budaya masyarakat cina dan juga pelancongan di China.

Peserta diminta menghantar esei/ cerita sekitar 550 patah perkataan. Namun, hari ini, contest tersebut terpaksa dibatalkan selepas mendapat tentangan daripada komuniti di sana di media sosial.

Menurut media rasmi kerajaan, mereka tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan tiada sebarang persetujuan atau kelulusan yang dikeluarkan kepada Airbnb. Tambah mereka lagi, perkara tersebut adalah bertentangan dengan menjaga warisan budaya.

Namun, pihak Airbnb mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan memang sebelum ini ada persetujuan untuk mereka umumkan contest tersebut, namun atas dasar menghormati tuan rumah, mereka akur.

Kalau nak ikutkan, ini bukanlah offer yang pelik oleh Airbnb sebabnya mereka juga pernah adakan beberapa tawaran ‘pelik’ sebelum ini seperti menginap di Great Barrier Reef Australia, Tidur di dalam Kapal Penyelidikan dan banyak lagilah...