Destinasi Underrated Di Asia Tenggara Yang Patut Anda Pergi Setidaknya Sekali
TRAVELDestinasi percutian di Asia Tenggara adalah yang ‘perfect’ sekiranya korang suka travel tapi mempunyai bajet yang terhad. Selain tu, kebanyakan destinasi di Asia Tenggara ni ‘macam Malaysia’. Ini bukan bermaksud korang rugi kalau ke sana, tapi keadaannya seakan-akan sama. Cuma yang membezakan ialah budaya, tempat menarik dan orang sekeliling.
Selain murah; faktor tarikh cuti yang banyak dan panjang di Malaysia juga adalah sebab utama ramai memilih untuk travel ke luar negara. Kena pula bila Air Asia ada promosi 1.9 juta tempat duduk sampai 20 Januari ni, lagi ramai lah nak keluar negara nanti.
Kalau korang belum ada idea nak kemana, cuba tengok senarai destinasi yang underrated di Asia Tenggara ni.
#1. Bagan, Myanmar
Walaupun Myanmar dilanda kontroversi sebab keadaan politik semasa, tapi ia sebenarnuya masih destinasi yang selamat untuk korang travel. Kalau ramai kawan korang kongsi Myanmar ni bosan, korang boleh cuba ke Bagan.
Nak ke Bagan daripada Yangon ni, korang cuba naik keretapi. Walaupun memakan masa setengah hari, tapi percayalah, korang akan dapat pengalaman yang tak dapat korang lupakan. Selain menjanjikan pemandangan lanskap yang cantik, korang boleh rasai sendiri pengalaman naik keretapi di sana. Dengar cerita, peniaga-peniaga sana kalau dekat stesyen keretapi tu, akan melompat naik turun keretapi masa dia nak bergerak. Fuh, macam dalam filem!
Kalau taknak, korang naik bas atau terus ke Mandalay, sunset dekat sini cantik.
#2. Sapa Village, Vietnam
Saigon, atau nama barunya Ho Chi Minh City memang sebuah bandar yang sedang membangun sejak kebelakangan ni. Deretan kedai, jalan yang luas dan besar dan shopping mall yang banyak menunggu korang dekat Ho Chi Minh.
Kalau taknak ke bandar, apa kata korang ke Hanoi. Naik keretapi untuk ke Sapa Village. Dekat sini, korang boleh alami dan belajar cara kehidupan puak Hmong. Homestay yang ada disini memang lain daripada yang lain, di lereng bukit yang ada sawah padi.
Oh, sepanjang Disember hingga Mac, cuaca di sana agak sejuk. Jadi, bersedialah bawak baju sejuk yang sesuai. Kalau tak pun, pastikan korang ada sikit pengetahuan untuk travel ke negara sejuk.
#3. Tonle Sap, Cambodia
Kebiasaannya, bila sebut pasal Cambodia ni kita akan terbayangkan Angkor Wat yang terletak dekat Siem Reap. Tapi, kalau nak salami budaya masyarakat ke sana, apa kata korang ke perkampungan nelayan di Tonle Sap.
Bayangkan, keseluruhan kawasan perumahan diorang ni terletak atas air. Pengankutan utama yang digunakan untuk bergerak adalah bot. Kalau ikut tour guide, bersedia lah nak bagi derma dekat perhentian-perhentian yang dia bawak nanti.
Senang cerita, sediakan duit kecik sesiap. Kalau ada barangan yang korang berminat, belilah, untuk jana ekonomi diorang jugak.
#4. Luang Prabang, Laos.
Kita di Malaysia ni mesti dah selalu sangat ke pasar malam, dan ianya bukan perkara yang ‘rare’ pun. Tapi, kalau korang rajin, boleh ke pasar malam dekat luar negara. Boleh bandingkan sendiri apa yang unik di tempat diorang ni.
Kalau dekat Luang Prabang ni, peniaga dia agak tenang dan sopan. Dia tak macam korang ke tempat-tempat lain di Asia Tenggara ni. Kalau sekali korang kata taknak, dia tak akan paksa korang beli. Sama dengan pengendali tuk-tuk, kalau korang dah kata taknak untuk kali pertama, diorang takkan kacau dah. Paling tidak dia reply ‘ok’ dan berlalu pergi je.
Kalau taknak ke pasar malam, cuba korang ke Kuang Si Waterfall. Tempat ni memang cantik betul pemandangan dia. Air dia biru pastel gittu. Memang insta-worthy.
#5. Surabaya
Kalau Bandung atau Jakarta dah terlalu mainstream untuk orang Malaysia, apa kata korang ke Surabaya. Lebih tepat lagi, pergi mendaki Gunung Ijen.
Ada beberapa gunung yang popular di Indonesia, antaranya Bromo dan Rinjani. Tapi, pendakian ke Gunung Ijen ni tak seperit naik Rinjani, tapi tak semudah Bromo. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Pendakian dia pulak sangat chill.
Dari segi trek, memang Ijen ni ada macam-macam jenis. Daripada batu-batuan, jumpa pokok dan pasir pun ada. Cuma, kena ingat kekadang dekat kawasan Ijen ni dia membeku. Trek agak licin dan cuaca kat sini sejuk. Bawak la sweater nak naik tu.
BACA JUGA : Panduan Dan Tempat Menarik di Gunung Bromo Indonesia