Faloe Hostel Kota Kinabalu, Hostel Backpacker Terbaik Di Malaysia

April 23, 2019 - 04:49 PM


Faloe Hostel merupakan sebuah backpacker hostel yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Mula menawarkan penginapan kepada backpackers dan berkonsepkan hostel pada tahun 2017, Faloe hostel diusahakan oleh pasangan suami isteri, Ryan dan Sarah yang berasal dari Sarawak.

Setiap tahun, hostelworld; sebuah laman web yang menawarkan hostel backpackers seluruh dunia akan mengadakan HOSCAR, anugerah pilihan backpackers yang memberikan pengiktirafan kepada hostel terbaik di 170 destinasi yang ada dan Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang mempunyai kaitan dengan Hostelworld.

Untuk anugerah tahun ini, ada pelbagai kategori dan ada juga dipecahkan mengikut negara dan benua. Jadi, kami cuba cari hostel terbaik di Malaysia dan jawapannya adalah Faloe Hostel di Kota Kinabalu ini.

Daripada 446 review yang ditinggalkan oleh backpackers yang mempunyai latarbelakang yang pelbagai dan datang dari negara yang berlainan, Faloe Hostel menerima markah yang tinggi iaitu 9.7 per sepuluh.

Faloe Hostem mempunyai 3 dorm; dua untuk mixed gender dan satu untuk wanita sahaja dan ketiga-tiga dorm mempunyai air-cond. Setiap bilik pula mempunyai locker, almari, plug internasional selain kawasan makan dan louge hiburan yang dilengkapi dengan TV dan lain-lain kemudahan.

Menariknya, mereka di Faloe Hostel tidak mengenakan sebarang tambahan bayaran untuk menggunakan pelbagai kemudahan seperti dobi, sarapan, dan lain-lain.

Tarikan terdekat adalah IMAGO shopping mall, yang hanya mengambil masa 5 minit dan paling penting dekat dengan lapangan terbang KKIA; hanya 10 minit perjalanan selain dekat dengan pelbagai tarikan di Kota Kinabalu sendiri.

Jadi, kalau korang mencari hostel di KK selepas ni, tahulah nak stay dekat mana ye… Harga untuk satu malam hanya RM40 dan maksimum satu dorm adalam 10 orang atau ada 5 katil double decker.

Untuk tempahan, boleh ke laman web Hostelworld atau ke laman web Faloe Hostel yang ada di bawah ni..

Photo Credit : Faloe Hostel | Hostelworld

Pilihan Editor

10 Hostel Backpackers Dengan Rating Terbaik Di Kuching

Tips Dan Panduan Membeli Travel Backpack : Saiz Mana Yang Sesuai Eh?​

5 Tips Travel Yang Boleh Dipelajari Daripada ‘Traveller Tegar’

 

Destination: