Four Seasons Resort Bali Menangi Anugerah Resort Terbaik Di Dunia 2018

TRAVEL
July 11, 2018 - 03:57 PM


Kalau siapa yang pernah ke Bali, mesti tahu yang  Sungai Ayung popular dengan aktiviti water rafting. Tapi, bukan itu highlightnya kali ini. Disebalik kehijauan hutan yang ada di tepi sungai berkenaan terdapat resort yang sering dikunjungi oleh traveller yang mencari ketenangan dan reset minda.

Resort Four Seasons, Bali yang terletak di Sayan ini mempunyai 60 bilik sahaja. Namun, keadaannya dan pemandangan yang sangat esklusif menjadikan ia resort pilihan dan memenangi anugerah terbaik di dunia menurut undian yang dilakukan oleh sebuah laman web travel antarabangsa.

Setiap tahun anugerah ini akan diberikan kepada resort yang dipilih oleh pembaca dan traveller seluruh dunia dari segi perkongsian pendapat, pengalaman dan sebagainya. Terapat beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu hotel, resort, bandar, pulau, spa, penerbangan dan bermacam-macam lagi.

Untuk 2018 World’s Best Awards, Four Seasons Resort di Sayan ini telah dipilih sebagai hotel terbaik di seluruh dunia. Menggabungkan elemen tradisional kebudayaan Bali dan kemudahan moden yang terdapat di sini, tidak hairanlah ia menjadi pilihan oleh semua traveller.

Selain feature air pancut yang melengkapkan kolam renang yang jernih, ukiran serta motif Bali boleh dilihat di sekeliling hotel berkenaan. Apa yang menjadikan ia istimewa adalah lokasinya yang terletak di dalam hutan yang menjanjikan pemandangan dan perasaan yang menenangkan.

Beralih kepada bilik, ada dua jenis boleh dipilih, sama ada villa atau suite yang sememangnya menenangkan dan boleh jadi sebagai private escape jugaklah. Para tetamu boleh lepak santai di teres dan menikmati pemandangan yang sangat mendamaikan. Yelah, nampak hijau je keliling, memang tenang.

Selain daripada elemen menenagkan ni, boleh dikatakan semuanya ada di resort dan korang tak perlu nak susah-susah keluar untuk lakukan aktiviti. Dekat sini, boleh cuba sesi yoga dan meditasi yang ada tau.

Disebabkan lokasinya bersebelahan dengan sungai, memang aktiviti water rafting boleh dicuba disini. Selain itu, 3 minggu sekali, penari tradisional Bali akan datang ke resort dan akan membuat pesembahan disini. Ada juga kelas memasak dan sesi belajar membuat makanan upacara Bali.

Bila sebut Bali, tak sah kalau korang tak cuba rawatan Spa yang ada. Servis yang ada disediakan disini adalah urutan dan juga facial.

Untuk makanan, menu yang disediakan disini adalah makanan tempatan dari Bali sendiri, atau yang jaga badan tu, boleh cuba salad yang dibuat menggunakan sayur-sayur yang dipetik dari kebun resort berkenaan. Kalau nak makan mewah, boleh request 7 course dinner yang akan hidangkan masakan-masakan Bali juga.

Dengar macam best, tapi nak jugak diingatkan, harga mestilah menarik juga.

Ni contoh harga yang kami dapat dari Agoda untuk satu malam di Suite, dan Villa di Four Seasons Bali di Sayan ni.

 

Photo Credit : Website | Four Seasons Bali at Sayan