FRIM 'Forest Skywalk' Dibuka Semula Sabtu Ini!

TRAVEL
October 14, 2021 - 02:45 PM


FRIM akan membuka semula Jejantas Rimba (Forest Skywalk) kepada pengunjung mulai 16 Oktober 2021 (Sabtu).

Tiket hanya boleh diperolehi melalui tempahan awal mulai hari ini, terletak atas syarat syarat yang dinyatakan:

  • Untuk mereka yang ingin berkunjung bawah10 orang peserta boleh membuat dalam talian di https://skywalk.frim.gov.my
  • Untuk mereka yang ingin berkunjung 10 orang peserta atau lebih boleh membuat tempahan melalui emel: Pusat Informasi Pelawat (VIC) FRIM (E-mail [email protected]) (pakej lawatan berpandu).

Sehubungan itu, FRIM juga membenarkan aktiviti ‘nature trekking’ dan fotografi/penggambaran (tidak melebihi 10 orang setiap sesi) mulai 16 Oktober di kampus utama. Permohonan awal dan urusan tempahan perlu dibuat melalui VIC (E-mail [email protected]).

Kriteria kemasukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini termasuk: 
● Telah lengkap vaksinasi dan perlu menunjukkan bukti vaksinasi;
● Pendaftaran masuk dengan aplikasi MySejahtera dan pemeriksaan suhu (tidak melebih 37.5 ºC); dan
● Pemantauan oleh petugas FRIM diwajibkan.

Destination: