Gadis Dari Sepanyol Berkongsi Pengalaman Epik Bercuti Di Perlis Indera Kayangan

TRAVEL
January 05, 2021 - 07:51 AM


Kebanyakan rakyat Malaysia tak akan terfikir untuk pergi bercuti di Perlis. Pada mereka, yang ada di Perlis hanyalah sawah padi sahaja. Tapi korang fikir macam tu ya, walaupun Perlis merupakan negeri terkecil di Semenanjung tapi ada banyak lokasi-lokasi unik dan epik untuk korang lawati. Seorang netizen yang bernama Aisha Preece berkongsikan pengalaman beliau bercuti hujung minggu di negeri tersebut.

Aisha yang berasal dari Barcelona, Sepanyol, menulis bahawa Perlis ni merupakan lokasi pengembaraan epik dari segi budaya, sejarah, makanan, keramahan dan kemesraan penduduknya! Beliau juga berkata bahawa beliau akan cuba untuk datang lagi ke negeri Indera Kayangan ni. Beliau juga memberi list tentang 8 fakta menarik yang cool di Perlis.

 

1. Korang boleh naik bot pergi ke Langkawi dan drive pergi ke Thailand dalam masa 30 minit je!

 

2. Mempunyai lokasi rock climbing yang terbaik dalam dunia.

 

3. Makanan di Perlis sangat sedap tapi murah. Dan seafood di sini sangat fresh!

 

 

4. National Park di Perlis ada banyak aktiviti seperti camping, hiking, dan swimming.

 

5. Korang boleh lepak bersama musik live, artwork yang sangat menarik di Kangar Street

 

6. Pemandangan sawah padi yang sangat cantik dan homestay yang best untuk menenangkan diri

 

7. Kalau nak mendaki, Perlis ada banyak tempat yang best

 

8. Mempunyai gua bersejarah iaitu Gua Kelam dan tasik yang menyerupai laut di Tasoh Lake Resort Perlis

 

Jadi itulah dia perkongsian dari Aisha Preece. Siapa sangka orang luar boleh menghargai kecantikan dan keunikan negeri Perlis ni kan. Jadi korang yang memang duduk Malaysia ni jangan pandang rendah di negeri ni okay? Ada banyak je tempat menarik yang korang boleh pergi di sini. Untuk tengok gambar-gambar dari Aisha Preece korang boleh tengok posting original di bawah okay? 

 

I just returned from an EPIC weekend in #perlis , Malaysia. I discovered some cool facts about Perlis : 1- You can hop...

Posted by Aisha Preece on Monday, December 14, 2020

 

Destination: