Hagia Sophia Kembali Jadi Masjid?
TRAVELBagi siapa yang telah melawat Istanbul, Turki pasti pernah dengar nama ‘Hagia Sophia’, kan?
Bangunan ikonik yang telah dijadikan muzium sejak tahun 1935 itu sememangnya satu destinasi wajib bagi jutaan pelancong yang bercuti ke Istanbul.
Ini ada satu khabar baru bahawa Hagia Sophia mungkin dikembalikan semula menjadi sebuah masjid seperti mana pada zaman kegemilangan Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1453.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam satu wawancara di televisyen negara berkenaan.
Kata Erdogan, adalah tidak mustahil untuk muzium tersebut ditukar namanya menjadi Masjid Hagia Sophia.
Malah, beliau memberi bayangan bahawa selepas ditukar status menjadi sebuah masjid, pengunjung Hagia Sophia tidak lagi perlu membayar tiket masuk seperti yang dikenakan ketika ini iaitu 60 Lira atau 10 USD.
Gesaan bagi menukar status bangunan purba itu menjadi masjid semakin meningkat di Turki sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada mulanya, Hagia Sophia dibina sebagai sebuah gereja Ortodoks pada tahun 537 sebelum Masihi dan disifatkan sebagai salah satu keajaiban Zaman Pertengahan dengan lambang seni bina Rom.
Selepas penaklukan Empayar Turki Uthmaniyyah, bangunan tersebut ditukar menjadi sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila visi sekular Mustafa Kemal Ataturk mengubahnya menjadi muzium serta dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Pada 2015, seorang ulama dikatakan telah membaca Al-Quran di dalam bangunan yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO buat pertama kali dalam tempoh 85 tahun.
Sumber: Sinar Harian