Hotel 5 Bintang Di Langkawi Licin Disapu!

TRAVEL
September 13, 2021 - 11:17 AM


Sempena dengan pembukaan Pulau Langkawi sebagai Travel Bubble pada 16 September, ramai pelancong sudah membuat tempahan lebih awal setelah lama 'terpenjara' di dalam rumah.

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Razmi Rahmat berkata, hotel-hotel yang bernaung di bawah MAH sudah mula menerima tempahan antara 20 hingga 50 peratus sejak khamis lalu.

Tambahan beliau, hotel 5 bintang yang terletak berhampiran Pantai Kok, Datai, Chenang dan Penarak sudah menerima tempahan lebih 50%. Tambahnya, tempahan hotel lima bintang meningkat kerana rakyat golongan atasan yang tidak dapat bercuti di luar negara mengambil peluang untuk bercuti di Langkawi.

Menurut, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Langkawi, Datuk Noorazly Rosly, berkata, tempahan yang diterima 45 ahlinya ketika ini agak perlahan kerana pelancong yang menggunakan jalan darat perlu menggunakan agensi pelancongan.

Hotel-hotel berstatus tiga bintang kini hanya menerima kadar tempahan sekitar 20 peratus. Difahamkan, tempahan hotel di Langkawi membabitkan individu dan kumpulan dijangka meningkat dengan ketara menjelang pertengahan Oktober termasuk bagi penganjuran mesyuarat dan bengkel.