Hotel Di Mekah Ini Bakal Menjadi Hotel Terbesar Di Dunia Menewaskan First World Hotel Genting

October 03, 2017 - 12:04 PM


Percaya atau tidak First World Hotel yang terletak di Malaysia meruapkan hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik. Dengan kapasiti 7351 buah bilik dan bangunan bercorak warna-warni, ia sememangnya menjadi ikon bagi pusat peranginan Genting Highlands.

 

Walau bagaimanapun, status First World Hotel sebagai hotel terbesar di dunia bakal diambil oleh Abraj Kudai, sebuah hotel yang masih dalam pembinaan yang terletak di Mekah. Apabila siap, hotel ini akan mempunyai 10000 buah bilik dan pelbagai kemudahan lain.

 

 

Rekabentuk Abraj Kudai

 

Hotel ini dibina dengan rekabentuk 12 menara yang membentuk bulatan dimana setiap satunya mempunyai 45 tingkat. Ketika artikel ini ditulis, hotel ini masih dalam pembinaan. Apabila ianya siap kelak, Abraj Kudai akan menjadi hotel terbesar dunia dengan kapasiti sebanyak 10 000 buah bilik untuk tetamu, 70 buah restoran dan 5 buah helipads.

 

Selain itu, 5 tingkat daripada hotel ini kelak bakal dikhaskan untuk kegunaan kaum kerabat pemerintah Arab Saudi sahaja. Mengikut perancangan juga, apabila siap kelak 10 daripada 12 bangunan ini akan menyediakan kemudahan dan penginapan bertaraf 4 bintang sementara baki 2 lagi bangunan akan dibina penginapan bertaraf 5 bintang yang dikhaskan untuk tetamu istimewa sahaja.

 

Kos pembinaan hotel ini dianggarkan kira-kira RM14 bilion yang melibatkan kawasan seluasa 1.4 juta persegi. Tugasan merekabentuk bangunan dan hiasan dalaman hotel ini telah diberikan kepada syarikat Areen Hospitality yang berpangkalan di London.

 

 

Kontroversi Pembinaan Abraj Kudai

 

Walaupun pembinaan hotel ini adalah bagi menampung pertambahan jemaah yang datang ke Mekah bagi menunaikan umrah dan haji, pembinaan hotel ini juga telah mencetuskan beberapa kontroversi dan bantahan daripada orang ramai.

 

1. Tenggelamnya pemandangan Kaabah - Sebelum pembinaan Abraj Kudai, pihak kerajaan Mekah terlebih dulu telah membina bangunan menara jam yang dikenali sebagai Menara Abraj Al Bait. Ianya telah mendapat tentangan ramai golongan agamawan kerana berpendapat ianya akan menenggelamkan pemandangan Kaabah. Sama juga dengan pembinaan hotel ini yang akan terus menenggelamkan pemandangan Masjidil Haram.

 

2. Keraguan mengenai kemampuan syarikat Bil Laden Group - Beberapa tahun lepas, telah terjadi satu kemalangan buruk di Masjidil Haram di mana sebuah kren telah terjatuh dan menghempap jemaah yang sedang beribadat di Masjidil Haram. Kira-kira 107 orang terbunuh dan beratus lagi cedera. Peristiwa ini menimbulkan keraguan mengenai kemampuan syarikat Bil Laden untuk memastikan keselamatan setiap pekerjanya. Tindakah kerajaan Saudi yang memberikan kontrak kepada syarikat ini untuk membina hotel Abraj Kudai semestinya menimbulkan pertanyaan.

 

3. Krisis ekonomi dunia - Seluruh dunia tahu bahawa Arab Saudi adalah sebuah negara yang sangat kaya dengan hasil pendapatan utamanya adalah minyak. Dalam krisis harga minyak mentah yang semakin meruncing, sesetengah pihak berpendapat bahawa projek ini berisiko untuk tergendala atau mengambil masa yang agak lama disebabkan masalah kewangan.

 

 

 

Destination: