Indah Kabar Dari Rupa Ini 12 Destinasi "Overrated" di Seluruh Dunia Yang Patut Dielakkan

TRAVEL
August 14, 2019 - 04:23 PM


Selama bertahun-tahun berkembara, saya senaraikan ‘12 top overrated and overhyped destinations’ yang pernah saya kunjungi. 

Senarainya panjang tetapi saya hanya pilih top 12 sahaja. Ini hanya pandangan saya sahaja dan mungkin kekawan tidak bersetuju dan mempunyai senarai lain. 

1. Mona Lisa di Louvre

Lukisan ini nampak kecil saiz A4 dari jauh kerana anda tidak boleh menghampiri dekat. Orang ramai dan sekuriti ketat menyebabkan anda berada 10m dari Mona Lisa. Lagi pun anda sudah tahu rupa Mona Lisa kenapa mahu berebut melihat lukisannya pula? Pada saya aktres Sarimah tahun 70’an lebih cantik dari Mona Lisa.

2. Santorini 

Selama seminggu saya berada di Santorini dan menjelajah setiap pelesuk pulau ini. Jalan bandarnya sempit, tiada makanan halal, hotel mahal dan terlalu semak kerana ramai turist terutama dari China. Bangunan kotak ikonik bercat putih di Oia tiada yang special selain dibina ditepian curam batu dan anda terpaksa bergasak dengan turist lain untuk mengambil gambar. 

3. Chichen Itza

Untuk melawatnya terpaksa bersusah payah terbang ke Cancun Mexico, dan travel 150km ketempat monumen ini. Entrance fee pula Rm150 dan terpaksa beratur dengan 10,000 pelawat lain. Apabila monumen ini didepan mata, tidaklah sebesar yang dijangka dan anda terfikir kenapa orang Mayan, 2000 tahun dahulu perlu membina Chichen Itza untuk kaji astronomi, tetapi mengamalkan budaya pembunuhan sacrifice dan akhirnya civilization mereka tidak kemana. Sedih melihat waris orang Mayan yang hidup daif sekarang ini di Yacutan Peninsula, Mexico. 

4. Hobbiton NZ

Kenapa anda perlu membayar untuk berdiri dipadang melihat bangunan fake yang dibina untuk filem The Lord of the Rings dan The Hobbit? Anda boleh membina rumah hobbit ini dikampong anda, jikalau mahu. 

5. Madame Tussauds wax museum 

Untuk masuk anda perlu queue dan bayar Rm150 untuk melihat patung artis kesayangan anda dimana patung tersebut tidak langsung menyerupai orang yang mereka potretkan. Rm150 elok digunakan untuk menjamu selera ‘fish and chips’ di London. 

6. The little Mermaid Denmark. 

Patung batu mermaid ini kecil sahaja dan hanya perlu beberapa saat sahaja untuk melihatnya kerana tiada apa yang menakjubkan. Lagi pun patung ini replika dan yang original disimpan mengelakkannya dari vandals. Anda tidak perlu ke Denmark untuk melawat little mermaid kerana terdapat satu di Songkla. Lagi pun lokasi patung ini agak jaug dari bandar.

7. Loch Ness 

Misteri Loch Ness monster dihidupkan untuk menggiat industri pelancungan di Scottish Highlands. Teknologi moden dengan sistem sonar canggih masih tidak dapat menjumpai monster ini. Nampak sangat ianya satu pembohongan besar dan satu scam untuk menarik pelancung. Kedai souvenir di Loch Ness yang untung mengaut keuntungan dari jualan souvenier. 

8. CN tower Toronto

Entrance fee mahal Rm150 dan bangunan ini tidak lagi merupakan bangunan tertinggi didunia. 

9. Dubai

Apa ada di Dubai selain skyscrappers, bangunan gelas dan habuk dari padang pasir? Semuanya fake seperti Singapura dan anda tidak akan berani keluar dari bangunan aircon kerana suhu 50’C diluar. Lagi pun semuanya mahal di Dubai. 

10. Manneken pis Brussels

Setelah puas berjalan mencari dan menjumpai patung ini, saya tergelak keseorangan kerana rasa bodoh melihat patung kecil budak sedang kencing. Brussels adalah bandaraya cantik dan adalah lebih baik anda mencari Belgian coklat yang sedap disini. 

11. Bran Castle Romania

Ini adalah tourist trap dengan harga entrance fee yang mahal dan barangan souvenir mencekik leher. Bran Castle bukan lah castle dracula yang sebenar tetapi dari cerita fiction sebuah novel, yang kemudiannya difilem kan. Adalah lebih manfaat untuk menjelajah Transylvania region yang cantik dan unspoilt. 

12 Flam railway ride, Norway. 

Saya rasa tertipu dan kecewa menaiki Flam railway ini kerana pemandangan tidaklah secantik seperti diwar-warkan. Anda terpaksa tinggal 2 malam di Flam untuk merasai railway ride ini.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar