India Alukan Kedatangan Pelancong Luar Bermula 15 Okt

TRAVEL
October 08, 2021 - 04:52 PM


Bermula 15 Oktober ini, India bakal membuka semula pintu sempadannya buat pelancong lebih setahun ditutup akibat penularan pandemik COVID-19.

Kementerian Dalam Negeri India memutuskan untuk memberikan visa pelancongan baru kepada warga luar yang tiba melalui penerbangan sewaan berkuat kuasa minggu hadapan.

Namun bagi pelancong yang menggunakan penerbangan selain sewaan akan dibenarkan masuk mulai 15 November dengan visa pelancong baharu.

India sebelum ini menangguhkan pemberian visa kepada warga dari luar negara pada Mac 2020.

Sekatan ke atas beberapa kategori warga asing seperti diplomat dan ahli perniagaan dilonggarkan namun pelancong masih dilarang memasuki India.

Awal tahun ini, India dilanda gelombang jangkitan COVID-19 yang teruk dengan kira-kira 400,000 kes baharu dan 4,000 kematian setiap hari.

Namun kes baharu di negara berpopulasi 1.3 bilion itu menurun kepada 20,000 jangkitan setiap hari.

Pada masa sama, ketika ini sekatan beberapa aktiviti juga telah dilonggarkan.

Sumber: Astro Awani

Destination: