Info Ringkas Travel Ke Ipoh, Perak

TRAVEL
December 02, 2019 - 01:13 PM


Ibu negeri Perak, Ipoh merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia dengan populasi penduduk lebih daripada 710 ribu orang. Mendapat status Bandar Raya pada 27 Mei 1988, Ipoh terbahagi kepada dua bahagian oleh Sungai Kinta iaitu Bandar Lama Ipoh (Ipoh Old Town) dan Bandar Baru (New Town).

Kawasan bandar lama Ipoh terdiri daripada bangunan lama yang mempunyai seni bina pra perperangan dan kebanyakkannya merupakan bangunan kerajaan, lot kedai, kawasan perumahan dan mercu tanda berkait dengan sejarah.

Selain terkenal dengan bangunan bersejarah dan banyak tempat dan tarikan menarik di Ipoh, ia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan juga lambakkan kafe hipster.

Pengangkutan Ke Ipoh

Terletak kira – kira 200 kilometer dari Kuala Lumpur dan 130 kilometer dari Pulau Pinang, ada beberapa cara atau pengangkutan yang boleh digunakan; iaitu penerbangan, kereta api dan menaiki kereta.

Dari Kuala Lumpur ; anda boleh pilih untuk menggunakan salah satu dari pengangkutan diatas cuma kalau penerbangan tu, ‘keras’ sikit lah harganya.

Memandu

Boleh semak harga tol dari mana anda bermula di sini. Bulan lepas, kami sempat buat roadtrip hujung minggu ke Ipoh. Pergi Sabtu pagi, balik Ahad tengah hari.

Untuk memandu sendiri, anda gunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan keluar di Ipoh (Utara). Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit mengikut jenis kereta dan kelajuan memandu sendiri lah. Minyak RM40 lepas untuk pergi dan balik (kami naik Axia). Untuk tol pula; dari Rawang – Ipoh RM23.20.

Jadi kos memandu : RM 43.20 (sehala).  Balik kami exit di Gopeng sebab singgah di Kellie’s Castle, jadi secara total kami habis RM 63.50 untuk perjalanan pergi dan balik ke Ipoh untuk minyak dan tol.

Naik ETS

Pilihan ke-3 untuk pengangkutan ke Ipoh dari Kuala Lumpur adalah menggunakan kereta api. Sekarang ini, sudah tiada keretapi lama. Hanya ETS. Ada 3 pilihan kelas ETS disediakan oleh KTMB iaitu Platinum, Gold dan Silver. Beza ketiga – tiga ini ialah harga dan masa diambil. Ini disebabkan beza stesyen yang kereta api tersebut berhenti.

Stesyen KTMB Ipoh

Untuk Platinum – RM46, perjalanan 2 jam 29 minit. Gold – RM36, perjalanan 2 jam 40 minit atau ETS Silver – RM25, perjalanan 2 jam 50 minit.

Penginapan

Ipoh merupakan destinasi yang sangat menarik untuk diterokai, baik untuk anda yang minat bangunan bersejarah, makanan atau lain – lain. Jadi, dari segi penginapan; ada pelbagai pilihan untuk anda di Ipoh. Bergantung kepada bajet anda, ada lebih dari 600 buah hotel, homestay dan juga backpackers hostel.

Macam biasa, pilihan hotel ini terletak kepada citarasa masing – masing. Kalau nak rasa hotel yang best sikit, kami boleh syorkan WEIL Hotel.

Boleh baca review travel blogger ini mengenai WEIL Hotel.

Selain hotel, untuk geng backpackers pula, ada banyak pilihan hostel backpackers. Macam contoh, The Brownstone Hostel & Space ni.

Mendapat rating 9.2 di Hostelworld – agak tinggi jugak. Dan harga RM50 untuk satu malam untuk dorm perkongsian dan disertakan dengan sarapan pagi percuma.

Makanan

Untuk makanan di Ipoh, kalau nak disenaraikan memang banyak. Cuma apa yang kami syorkan anda mesti cari adalah; Ipoh Original White Coffee, Nasi Vanggey, Nasi Ganja Ipoh, Hor Fun, Nasi Ayam dan lain – lain. Kami akan buat satu entri asing untuk tempat makan menarik di Ipoh nanti.

Tempat Menarik Di Ipoh

Menarik ni merupakan sesuatu yang subjektif. Jadi mungkin ada yang rasa Ipoh ni memang menarik, ada yang akan cakap Ipoh ni biasa – biasa sahaja, sama seperti bandar lain. Dari segi pengalaman dan pemerhatian kami, IPOH MEMANG AWESOME!

Sembang pasal tempat menarik, antara yang anda boleh lawati ialah LOKEN atau pasar karat Ipoh (hari minggu sahaja), Concubine Lane, Kong Heng Square, cari street art, atau buat kafe hopping. Dekat Ipoh ni, banyak sangat kafe yang menarik dan banyak juga jenama ‘boba’ tea.

LOKEN
Concubine Lane
'Boba Tea' Tapir Milk Tea

Rasanya, cukup lah perkongsian untuk Info Ringkas Travel ke Ipoh ni, tunggu kami kongsikan tempat menarik di Ipoh dan port makan best di Ipoh ye 😉

Destination: