8 Homestay Menarik Di Ipoh, Siap Lengkap Dengan Private Pool

TRAVEL
September 25, 2023 - 12:27 PM


Setiap kali tiba cuti hujung minggu atau musim cuti sekolah -- pasti ramai ibu bapa yang ingin mencari tempat percutian bagi membawa anak-anak berseronok sekali sekala sebagai upah mereka belajar setiap hari.

Jika ingin membawa anak ramai disertai pula dengan keluarga besar lainnya -- jenis penginapan homestay antara yang pasti menjadi pilihan paling mudah buat keselesaan semua orang serta lebih menjimatkan.

Tetapi lebih seronok sekiranya homestay yang dipilih turut dilengkapi dengan kolam renang supaya anak-anak dapat beriadah dan ibu bapa pun berpeluang berehat sebentar selepas menguruskan segala persiapan percutian.

Sekiranya anda mempunyai rancangan untuk bercuti ke Ipoh atau menuju destinasi ke sebelah Utara tanah air -- ini ada 8 homestay yang lengkap dengan private pool yang boleh anda pilih sebagai lokasi percutian sekeluarga nanti.

1. Damai Anggun Villa, Ulu Chemor, Ipoh Perak

Homestay Damai Anggun Villa ini amat sesuai jika korang ingin membuat event dalam bilangan yang ramai seperti birthday party, family gathering dan reunion bersama kawan-kawan korang. Ia boleh memuatkan bilangan yang besar antara 5-6 keluarga atau dalam 20 – 30 orang dalam homestay Damai Anggun Villa ini. Yang penting Damai Anggun Villa di Ipoh ni ada private pool untuk keluarga anda berendam.

Antara kelengkapan yang terdapat di Homestay Damai Anggun Villa ini ialah

  • Private Pool
  • 5 bilik (3 queen, 1 single, 1 double dacker) semua bilik aircond
  • ruang tamu (aircond)
  • dapur (outdoor)
  • surau
  • bbq station

Facebookhttps://www.facebook.com/profile.php?id=100069125347402
Alamat: Lrg 2, Jln Bukit Batu Rpt Kg Ulu Chemor 31200 Chemor, Perak, Malaysia
Contact: 014-631 8718

2. Seri Botani Pool Villa, Ipoh, Perak

Homestay Seri Botani Pool Villa ini memang best untuk peminat suasana mewah ala modern house. Nak nikmati percutian yang lebih privasi memang sesuailah kat sini . Waktu malam memang best boleh mandi kolam dekat tepi kawasan rumah je. Trip lepak santai macam ni memang best kan. Yang penting Seri Botani Pool Villa Ipoh ada private pool tanpa anda berkongsi

Antara kelengkapan yang terdapat di Seri Botani Pool Villa ini ialah

  • Private Pool
  • 5 bilik (12 katil dan 4 bilik air) semua bilik aircond
  • ruang tamu (aircond)
  • dapur (outdoor)
  • Wifi percuma
  • bbq station

Facebookhttps://www.facebook.com/seribotanipoolvilla
Alamat: Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak
Contact: 010-375 8378

3. Ipoh Gunung Lang Private Pool Villa

Semua bilik mempunyai katil bersaiz queen. Satu tilam tambahan turut disediakan. Terdapat sejumlah 7 katil bersaiz queen. Di kawasan pool kami juga ada awning, yang sesuai utk bersantai. Homestay Ipoh Gunung Lang Private Pool Villa boleh memuatkan kira-kira 16-18 orang dewasa secara keseluruhan.

Antara kelengkapan yang terdapat di Ipoh Gunung Lang Private Pool Villa ini ialah

  • Private Pool
  • 5 bilik tidur berhawa dingin, 5 bilik air
  • Ruang tamu juga berhawa dingin
  • dapur (outdoor)
  • Wifi percuma
  • bbq station
  • ruang parking,
  • Tuala, serta syampu dan pencuci badan di setiap bilik air

Dapur dilengkapi dengan

  • microwave & peti sejuk,
  • Coway water dispenser (air panas dan sejuk)
  • Kemudahan termasuk Kolam Renang Peribadi dan gril BBQ juga.

Facebookhttps://www.facebook.com/gununglangprivatepoolvilla
Alamat: No. 1 Lang Damai 4, Desa Lang Damai, 30010 Ipoh, Perak, Malaysia
Contact: 017-584 8323

4. Dangau Indah Chalet Ipoh, Perak

Port nak buat family holiday yang indah rupawan cantik menawan di Ipoh. Nak buat gathering sekeluarga beramai ramai memang cun sangat dekat sini.

Dekorasi chalet Dangau Indah Chalet Ipoh yang menggunakan konsep kayu kekampungan ini memang sesuai untuk korang bergambar buat kenang kenangan.

Antara chalet yang ada private pool di Ipoh untuk keluarga yang ramai betul betul depan tempat menginap. Boleh juga nak buat makan makan BBQ sebab disediakan kawasan lapang green carpet, payung dan tempat panggang untuk memudahkan customer yang bercadang nak bercuti beramai ramai ke Ipoh.

Antara kelengkapan yang terdapat di Dangau Indah Chalet ini ialah

  • Private Pool
  • 6 bilik tidur berhawa dingin, 12 katil dan 7 bilik air
  • Wifi percuma
  • Peti sejuk, microwave, periuk nasi, kettle, pinggan mangkuk
  • TV, seterika, tuala mandi, water heater
  • Dapur (outdoor)

Facebookhttps://www.facebook.com/DangauIndahChalet
Alamat: No 71, Jalan Hijrah 4, RPT Batu 10, Chepor, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Contacthttps://abnb.me/7tks4op3Uub

5. AsdiaGrande Homestay & Events Place Ipoh

Homestay ni terdapat private pool dimana Pool di homestay AsdiaGrande ini berkonsepkan indoor. Jadi tak perlu risau kalau hujan. Boleh terjun terus kolam. Hujan ke, panas ke, boleh terjun kolam.

Homestay boleh memuatkan kira-kira 125 orang dewasa secara keseluruhan.

Antara kelengkapan yang terdapat di AsdiaGrande Homestay ini ialah

  • Private Pool
  • 4 bilik tidur berhawa dingin + kipas, 3 bilik air
  • Wifi percuma
  • Peti sejuk, microwave, periuk nasi, kettle, pinggan mangkuk
  • TV, seterika, tuala mandi, water heater
  • bbq station

Facebookhttps://www.facebook.com/asdiagrandehomestay
Alamat: No 126, Jalan Melor, RPT Seri Klebang 30010 Ipoh, Perak, Malaysia
Contacthttp://www.wasap.my/60132505002/asdiagrandeprivatepool
Websitehttp://www.asdiagrandehomestay.com

6. Tambun Pool Villa

Terdapat 2 buah penginapan di Homestay Tambun Pool Villa. Kedua-duanya mempunyai private pool. Tambun Villa 1 mempunyai empat buah bilik yang boleh memuatkan sehingga 16 orang dalam satu masa. Parking kereta berbumbung boleh memuatkan empat buah kereta.

Jika anda mempunyai keluarga besar, kami suggest anda menginap di Tambun Pool Villa 2 yang mampu memuatkan 28 orang. Terdapat 5 bilik dan 4 bilik daripadanya menggunakan katil bersaiz king. Parking lot pula boleh memuatkan 9 buah kereta.

Paling penting ada private pool di homestay tambun Ipoh ni untuk anda mandi manda.

Facebookhttps://www.facebook.com/tambunpoolvilla
Alamat: No. 2 Hala Taman Tambun 2 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Contact: 011-2875 1342

7. Homestay Puncak Tambun, Ipoh

Homestay Puncak Tambun di Ipoh ni dilengkapi dengan Private Pool dan juga BBQ. Terdapat 4 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 15 pax. Ruang tamu super selesa dengan dapur lengkap siap boleh buat BBQ dan semua benda dalam rumah boleh guna termasuk mesin basuh.

Facebookhttps://www.facebook.com/Homestay.Puncak.Tambun
Alamat: Taman Puncak Tambun Indah 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Contacthttp://HomestayPuncakTambun.wasap.my
Websitehttp://homestaypuncaktambun.com

8. Villa DFarmar Private Pool Chemor

Homestay ini turut menyediakan WiFi percuma sepanjang penginapan dan kemudahan parking percuma.

Antara kelengkapan yang terdapat di Villa DFarmar Private Pool ini ialah:

  • Private Pool
  • 3 bilik tidur ;
  • bilik utama 2 queen(air cond/ kipas)
  • bilik 2, 1queen (air cond/ kipas)
  • bilik 3, 1 queen (aircond /kipas)
  • 2 toto disediakan
  • ruang tamu (aircond/kipas)
  • Wifi percuma
  • Peti sejuk, microwave, periuk nasi, kettle, pinggan mangkuk
  • TV, seterika, tuala mandi, water heater
  • bbq station

Facebookhttps://www.facebook.com/profile.php?id=100077972702015
Alamat: Chemor, Perak
Contacthttp://www.wasap.my/601111994655/villadfarmarhomestay

Destination: