"Awan Cactus" - Homestay Moden Ala Santorini Di Dungun, Terengganu

TRAVEL
September 18, 2023 - 01:54 PM


Siapa kata kalau bercuti ke Terengganu pilihan penginapan hanya hotel, resort tepi pantai atau chalet rumah tradisional sahaja yang ada?

Korang jangan tak tahu yang Terengganu pun sekarang ada jenis penginapan yang sangat cantik, moden siap vibes macam di luar negara seperti di Santorini lagi.

Paling best, tempat penginapan tersebut memiliki hiasan dan rekaan dalaman yang sangat cantik kalau korang nak bergambar Instagrammable atau ala-ala OOTD percutian di sebuah resort mewah.

Lokasi percutian yang dimaksudkan adalah AWAN CACTUS yang terletak di Dungun, Terengganu.

Baru sahaja dibuka pada tahun lepas, Awan Cactus ini sebenarnya menawarkan 2 unit penginapan iaitu di sebelah kiri adalah unit Cactus yang mempunyai 3 bilik manakala di sebelah kanan merupakan unit Awan yang memiliki 2 buah bilik.

Meskipun berbeza bilangan bilik, tetapi kedua-duanya mempunyai private pool yang boleh untuk anak-anak dan korang sendiri berenang-renang santai ketika bercuti di sana nanti.

Kalau korang nak tahu kolam renang di Awan Cactus ini tidak menggunakan klorin seperti yang biasa dimasukkan ke dalam air kolam -- sebaliknya mereka memasukkan sedikit garam dan jadi kolam air masin tetapi tidaklah semasin air laut. Masin manja-manjaa jeee.....

Jika dilihat kepada hiasan rekaan dalamannya juga sangat mempesonakan apabila pemiliknya menerapkan elemen campuran rustic dan moden. Memang terus rasa macam tengah bercuti ke luar negara.

Lepas tu, Awan Cactus ini juga sebenarnya sangat dekat dengan pantai tau -- antaranya Pantai Tanjung Jara dan Pantai Teluk Bidara. Banyak lagi pantai-pantai lain yang berdekatan. Semua orang pun tau pantai & laut di Terengganu memang macam gini 

Bukan itu sahaja malah kemudahan yang disediakan untuk para tetamunya juga serba lengkap dan tersusun cantik.

Siap ada microwave, penapis air Coway, peti sejuk, iron & iron board. Katil pula menghadap kolam. Bangun-bangun tidur terus terjun jer.

Harga & Kelengkapan

UNIT AWAN 

  • RM 520
  • Maksimum 4 Dewasa & 6 Kanak-Kanak
  • 2 bilik tidur
  • Setiap bilik tidur mempunyai 1 queen bed, 1 bilik air, aircond, pemanas air & towel .
  • Peti sejuk, coway, iron, iron board, sejadah, microwave.
  • Parking luar homestay
  • Tiada pelampung & extra bed

UNIT CACTUS

  • RM 770
  • Maksimum 6 Dewasa 9 kanak-Kanak
  • 3 bilik tidur
  • Setiap bilik tidur menpunyai 1 queen bed, 1 bilik air, aircond, pemanas air & towel .
  • Peti sejuk, coway, iron, iron board, sejadah & microwave
  • Tiada pelampung & extra bed

Tempahan

Untuk tempahan boleh klik pautan ini atau boleh Whatsapp ke nombor 011-37494946

Alamat

? Awan Cactus, Kampung Kubang Putat, Dungun, Terengganu

Sumber: Surgaroute

Destination: