Ini New Zealand Ke? Bukan, Hounon Ridge Ni Terletak Di Sabah

TRAVEL
September 07, 2020 - 12:34 PM


Kebanyakan mereka yang suka travel sudah pasti ada keinginan nak pergi ke negara luar. Dan salah satu negara tersebut adalah New Zealand. Pemandangan yang penuh dengan kehijauan dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan New Zealand menjadi lokasi idaman untuk kaki travel.

Tapi sekarang ni korang dah tak perlu pergi jauh lagi, di Malaysia pun ada lokasi macam tu. Terletak di Ranau, Homestay Hounon Ridge, Bundu Tuhan, menawarkan pemandangan yang sangat indah dah memukau mata di Sabah.

 

Cara Ke Homestay Hounon Ridge

Untuk sampai ke lokasi ni korang perlu travel selama satu jam dari simpang Bundu Tuhan. Datang awal okay kerana parking adalah terhad, so korang dinasihatkan untuk berkongsi kereta. Jalan ke sini pun agak sempit dan berlubang jadi berhati-hati okay. Kalau nak beli makanan ada café dalam ni, dan juga pekan Nabalu yang terletak 40 minit dari lokasi ni. Ada juga pasar malam Kundasang kalau nak tapau kunyah-kunyah.

 

Aktiviti Di Homestay Hounon Ridge

Pengalaman paling best di sini adalah berkhemah. Malah korang akan nampak beberapa pengunjung lain yang berkhemah di kawasan luas ini. Kalau nak duduk di homestay, memang kena book awal-awal, sebab sentiasa penuh.

Ada juga tempat BBQ yang disediakan untuk korang nikmati pemandangan gunung-ganang sambal makan. Yang paling best korang boleh tengok sunrise dan sunset yang sangat cantik. Lagi-lagi bila bangun pagi, buka je khemah nampak Gunung Kinabalu.

 

Tempahan Homestay Hounon Ridge

Lokasi ni memang sesuai untuk pergi waktu hujung minggu lagi-lagi Bersama keluarga atau pasangan untuk suasana romantic dan indah. Jadi kalau korang berminat bolehlah pergi ke Facebook official homestay ni: Hounon Ridge, Bundu Tuhan, Ranau.

 

Destination: