Ini Taman Avatar di Penang Yang Ramai Orang Tidak Tahu

TRAVEL
July 17, 2017 - 10:58 AM


Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi yang popular di Malaysia. Selain tempat makannya yang cukup sedap dan popular tidak hairanlah Pulau Pinang pernah berada antara tempat makan popular di dunia pada tahun 2016 menurut Lonely Planet. 

Selain tempat makan, Penang juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang wajib di kunjungi jika bertandang ke negari ini. Salah satu nya adalah Penang Avatar Secret Garden yang terletak di Tanjung Tokong Tua Pek Kong Temple. 

Mungkin ramai yang masih lagi tidak tahu akan kewujudan tempat ini. Namun Penang Avatar Secret Garden mempunyai daya tarikah sendiri. Jadi jika ke Penang jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengembaraan di dunia Avatar. 

Penang Avatar Secret Garden merupakan salah satu tempat yang telah di ubahsuai menjadi taman mini yang di penuhi dengan pokok-pokok yang dihiasi oleh lampu-pampu LED. Lampu-lampu ini akan bertukar warna menjadikan ianya seakan-akan tempat tinggal kaum Avatar. 

ALAMAT

Penang Avatar Secret Garden

336, Jalan Tokong Thai Pak Koong,

Tanjung Tokong,

11200 Tanjung Bungah,

Pulau Pinang, Malaysia

OPEN HOUR 

8am - 12am