Jepun Mengeluarkan Pelekat Kereta Khas Untuk Pemandu Warga Asing..

TERKINI
September 05, 2017 - 12:36 PM


 

Negara Jepun cukup terkenal tdengan sebuah negara yang mempunyai adab dan budaya yang sangat tinggi. Ini secara tidak langsung membuatkan negara ini sangat popular dalam kalangan traveller, walaupun disana; mereka terpaksa berdepan dengan masalah komunikasi kerana rata-rata rakyat Jepun bertutur dalam bahasa mereka.

Sungguhpun begitu, disebabkan budaya dan adab mereka yang sangat tinggi, mereka telah mengeluarkan sticker khas bagi pemandu warga asing.

Pelekat ini dikeluarkan bagi menandakan bahawa kenderaan tersebut sedang dipandu oleh warga asing yang mungkin tidak tahu selok belok kawasan terbabit ataupun tidak tahu undang-undang jalan raya di Jepun.

Di twitter, gambar pelekat ini dikatakan telah viral selepas diupload oleh salah seorang pengguna disana.

Menurut laporan Norimoto News, walaupun tiada kemalangan serius berlaku melibatkan warga asing disana, namun terdapat peningkatan sebanyak 300% melibatkan kerosakan kecil seperti kenderaan didapati bercalar, kemik dan sebagainya.

Menjelang sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di Jepun nanti, tindakan meyediakan sticker ini adalah salah satu inisiatif mereka bagi mengalu-alukan kedatangan para pelancong bersempena dengan sukan Olimpik itu nanti.

Selain itu, dikatakan pihak berwajib telah bekerja sama dengan para pengusaha kereta sewa supaya mereka turut menyediakan pelekat ini sekiranya kereta mereka disewa oleh warga asing. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecelakaan di jalan raya dan dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Bersempena dengan menyambut kedatangan sukan Olimpik 2020 di Jepun juga, mereka dikatakan telah menambah banyak papan tanda berbahasa Inggeris dan mengubahsuai beberapa undang-undang supaya memudahkan para pelancong yang datang ke sana nanti.

 

Harap kita pun boleh keluarkan sticker yang sama untuk indicate yang kita bukan dari kawasan tersebut, barulah orang belakang tak marah… =D

Destination: