Jom Bawa Anak-Anak Rasa Jadi Orang Jati Kampung Di Homestay Kuala Kangsar Ni!

TRAVEL
September 23, 2020 - 12:03 PM


Setiap kali bawa keluarga bercuti mesti ibu bapa inginkan sesuatu pengalaman yang berbeza untuk diberikan kepada anak-anak, kan...

Asyik bawa mereka bercuti di kolam renang hotel, taman tema air, melawat zoo atau jalan-jalan ke shopping mall saja, semua tu dah biasa dan terlalu membosankan.

Apa kata bagi percutian seterusnya, korang cuba bawa anak-anak dan ahli keluarga untuk merasai pengalaman sebenar duduk di kampung dan lakukan segala aktiviti yang menyihatkan badan seperti zaman datuk nenek kita dahulu.

Kalau nak merasai pengalaman seperti itu, korang boleh cuba bawa mereka bercuti ke HOMESTAY LABU KUBONG, yang terletak di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak!

Kampung Labu Kubong ini hanya terletak 5 km dari bandar Kuala Kangsar.

Uniknya homestay di sini dikelilingi keindahan sawah padi, bukit bukau, banjaran Bintang Hijau, kebun-kebun getah dan ladang buah-buahan.

Justeru kalau korang menginap dan bercuti ke sini korang pasti berpeluang menikmati pengalaman yang jarang didapati di tempat lain iaitu pengalaman seakan "Jom Balik Kampung".

Menariknya kalau korang bercuti di Homestay Labu Kubong ni, korang berpeluang bawa anak-anak menaiki tram yang disediakan khas dan bestnya drebar tram akan singgah di satu port terbaik untuk tetamu bergambar kenangan.

Memang lawa tempatnya berlatarbelakangkan gunung, langit keiruan dan dikelilingi bendang serta boleh posing di tali air.

Selain itu, pengunjung juga boleh mengalami sendiri pengalaman menjadi seorang anak jati kampung dengan melibatkan diri dengan aktiviti kampung seperti menampi padi, menangkap ikan di sawah, mandi sungai, main layang-layang serta bermain sepak takraw.

Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan serta langsat boleh didapati di sini. Oleh itu, para pengunjung yang menggemari buah-buahan tempatan, homestay ini merupakan destinasi yang terbaik kerana pada setiap tahun ada pesta buah yang sangat meriah.

Homestay ini pernah memenangi anugerah Homestay Terbaik Malaysia untuk tahun 2016/2017. Bila ke sini, baru anda faham bagaimana boleh menang.

Dengan keindahan pemandangan di tepi sawah dan aktiviti-aktiviti yang menarik ada di sini dan juga makanan yang disajikan enak-enak, rasa macam tak nak balik!

HOMESTAY LABU KUBONG 

Alamat: 15, Kg. Labu Kubong, Lubuk Merbau, 33010 Kuala Kangsar, Perak

No Tel: 013-6298534 (Cik Lin-Pengurus)

Facebook: Homestay Labu Kubong

Website: http://www.labukubong.com/

 

Destination: