Jom Ke Festival Layang-Layang Antarabangsa Labuan Pada 6-8 September Ini!

TRAVEL
September 04, 2019 - 06:25 PM


Labuan bakal memiliki satu lagi produk pelancongan di peringkat antarabangsa dengan penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Labuan 2019!

Meskipun festival ini merupakan edisi yang pertama, namun khabarnya ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila 63 pelayang, termasuk 34 dari negara luar telah mendaftar.

Festival Layang-Layang Antarabangsa Labuan akan diadakan selama 3 hari bermula 6 September ini bertempat di pantai Palm Beach Resort & Spa, Jalan Batu Manikar.

Kawasan luas lagi berangin di pantai Manikar yang menghadap Laut China Selatan dipilih kerana ia sesuai untuk aktiviti menaikkan layang-layang secara konsisten oleh para peserta.



Antara peserta luar negara yang telah mendaftar ialah Australia, Brunei, Kemboja, China, Jerman, Indonesia, Jepun, Korea, New Zealand, Sweden, Scotland, Thailand dan Amerika Syarikat.

Pelayang Malaysia pula terdiri daripada wakil Sarawak, MAS Malaysia, Pelayang Johor, Presiden Majlis Pelayang Malaysia, Putrajaya, Kelantan dan Universiti Sains Malaysia (USM).



Selain pertandingan layang-layang, Labuan juga mengalu-alukan kedatangan peminat layang-layang dari seluruh negara untuk turut sama membawa layang-layang hasil kreativiti sendiri.



Langit Labuan dijangka bakal dipenuhi dengan warna-warni layang-layang pelbagai bentuk dan karakter menarik untuk tontonan semua pengunjung.

Festival Layang-Layang Antarabangsa Labuan ini juga diharap dapat mencapai objektifnya iaitu  mempamerkan keindahan layang-layang tradisional dan moden, meraikan kreativiti serta menarik pelancong luar ke pulau bebas cukai terkenal Sabah.

Sumber: Bernama

 

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video