Jom Melawat Kapal Korek Timah Tanjung Tualang Di Perak!
TRAVELBiasanya kalau pergi berjalan je mesti ke shopping mall, pantai, pulau, dan cafe kan? Kalau korang dah boring pergi ke tempat-tempat tu dan inginkan sesuatu yang baru, apa kata korang pergi ke Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5) di Perak. Kapal Korek ini terletak di Batu Gajah dan mempunyai sejarah yang tersendiri untuk korang pelajari.
Pada zaman dulu, Perak merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia akibat pelombongan timah yang bermula pada tahun 1848. Dan kalau korang nak tahu, Malaysia merupakan pengeluar timah yang terbesar di dunia tau pada tahun 1883! Kapal Korek Timah ini telah dibina semula dengan kos RM4 juta pada tahun 2017 dan ditukarkan menjadi muzium untuk pelawat.
Dalam ni juga ada surau untuk pelancong Muslim. Untuk sampai ke sini, korang boleh drive selama 40 minit je dari bandar Ipoh. Kami suggest untuk melibatkan diri dalam Tour yang telah disediakan oleh pihak TT5 di mana akan ada satu guide yang menceritakan sejarah kapal korek ini dan sejarah pelombongan timah secara keseluruhan di negara kita.
Selain daripada itu korang juga akan belajar cara mendulang biji timah. Selepas itu korang boleh bergambar di lokasi-lokasi sekeliling TT5 yang telah dihiasi cantik untuk pelancong bergambar. Korang juga boleh acah-acah untuk turun dari train lama beserta beg baju (yang disediakan), memang unik gambar korang nanti. Jadi kalau korang ada plan nak pergi ke Perak, boleh lah melawat Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5).
Alamat: 9th KM, Jalan Tanjung Tualang 31000 Kampong Batu Gajah, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang, Setiap Hari