Jom Naik Pesawat Khas Ke LIMA’19 Langkawi!

TERKINI
March 22, 2019 - 11:24 AM


Setiap tahun, ratusan ribu pengunjung dari dalam dan luar negara akan berkampung di Langkawi, Kedah bagi menyaksikan sendiri kehebatan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi atau LIMA yang kini telah memasuki edisi ke-15 sejak diperkenalkan pada 1991.

Pada tahun ini, LIMA Langkawi akan berlangsung selama lima hari bermula 26 hingga 30 Mac ini.

Pameran terbesar maritim dan aeroangkasa di Asia Pasifik itu akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC) dan Resort World Langkawi dengan tema ‘Defence and Commercial Connecting Intelligence’.

Malah, LIMA juga seakan telah menjadi sebuah produk pelancongan yang memperkenalkan pulau peranginan lagenda itu kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Justeru itu, buat julung kalinya juga Kerajaan Negeri Kedah menyediakan penerbangan khas dari Alor Setar ke Langkawi sempena LIMA'19.

Pesawat Cessna Grand Caravan Ex akan digunakan bagi membawa pengunjung ke Langkawi, di samping feri yang merupakan pengangkutan utama ke pulau itu.

Perkhidmatan ini disediakan secara pakej dengan harga RM790 seorang.

Ia merangkumi tambang penerbangan pergi dan balik dari Alor Setar ke Langkawi, tiket masuk ke pameran LIMA’19 serta pengangkutan.

Bagaimanapun, kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak dikenakan bayaran.

Istimewanya jika mengambil pakej tersebut, pengunjung juga berpeluang merasai sendiri pengalaman terbang rendah pada paras 5,000 kaki dan dapat melihat keindahan pemandangan di bawah sepanjang perjalanan ke sana.

Sumber: BERNAMA

Destination: