Jom Tengok Artifak Peribadi Rasulullah SAW & Para Sahabat!

TRAVEL
July 31, 2019 - 11:17 AM


Bagi korang yang berminat untuk melihat sendiri koleksi barangan peribadi milik Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda, bolehlah mengunjungi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat yang diadakan bermula Isnin lalu hingga 4 Ogos ini pada pukul 10 pagi hingga 10 malam, menampilkan lebih 49 artifak Nabi, sahabat serta kerajaan Uthmaniah untuk tatapan orang ramai.

Pameran itu yang dianjurkan masuk kali ke-10, antara lain bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri artifak yang turut menjadi rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda.

Capal Rasulullah SAW

Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.

Bekas Darah Bekam Rasulullah SAW
Janggut Rasulullah SAW
Tapak Kaki Rasulullah SAW
Serban Rasulullah SAW

Artifak lain adalah pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, Kiswah Kaabah Hijau dan kunci Makam Saiditina Fatimah.

Kunci Makam Rasulullah SAW
Busur Rasulullah SAW

Turut dipamerkan artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah seperti kunci, baju perang, tandu, Al-Quran Emas kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat yang mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arab seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki.

Kunci Makam Ashabul Kahfi
Pedang Perang Mu'adz Ibn Jabal

Pameran tersebut juga bermatlamat untuk memberi pendidikan, sumber inspirasi dan pengetahuan kepada pengunjung mengenai kegemilangan tamadun Islam.

Bagi yang berminat, tiket masuk bagi dewasa hanya RM20, mahasiswa (RM10) dan kanak-kanak (RM5).

Lebih menarik pameran kali ini menawarkan cabutan bertuah apabila pengunjung boleh membawa pulang hadiah utama iaitu motosikal Yamaha Y15.

Cabutan itu diadakan menerusi peraduan ‘Ride To Y-Suku’ yang mana pengunjung hanya perlu mengambil gambar di Manhajj Photobooth Rasmi berharga RM15 dan melayakkan mereka mendapat satu nombor bertuah.

Jom ramai-ramai kita ke pameran ini di PWTC! Dengar kata ramai yang sebak apabila dapat melihat dengan lebih dekat barangan peribadi Nabi yang kita cintai ini..SubhanaAllah!

Sumber: Utusan Online