Jom Travel! 10 Destinasi Pelancongan Popular Ini Bakal Hilang Dari Muka Bumi

TRAVEL
March 22, 2018 - 10:28 AM


Jadi, apa yang ada di muka bumi ini ada tarikh luputnya. Maklumlah dengan perubahan iklim yang tidak menentu serta tangan-tangan manusia yang ganas, maka ada destinasi cantik mungkin terhakis, lama kelamaan pupus.

Jadi, selagi kudrat masih ada, mereka yang belum sempat lagi berkunjung ke 10 tempat bersejarah ini, harus mengambil peluang ya

1) Tembok Besar China

Hakisan semulajadi ke atas binaan bersejarah ini lama kelamaan akan menyumbang kepada runtuhnya tembok besar China ini.

2) Taj Mahal

Pakar kaji cuaca percaya, dengan adanya pencemaran udara dan hakisan di sana sini mungkin menyebabkan ia akan runtuh satu hari nanti.

3) Laut Mati

Laut Mati terletak di antara sempadan Jordan dan Israel sebenarnya telah hilang dari daratan sebanyak 80 kaki . Ia di ramal bakal hilang sepenuhnya 40 tahun lagi. 

4) Seychelles

Pulau Seychelles yang terletak di Lautan India di pantai Madagascar –akan lenyap kerana hakisan pantai

5) Egypt

Dikelilingi pembinaan, air bawah tanah dan pencemaran yang menyebabkan segala makam, monument dan piramid Mesir ini akan pupus.

6) Gondola di Venice

Gondola di Venice, Itali dilaporkan semakin tenggelam hinggakan kekerapan banjir menyebabkan ia makin besar.

7) Maldives

Perubahan cuaca menyebabkan Pulau Maldives juga makin tenggelam. Sesetengah saintis meramalkan pulau ini akan hilang dalam masa 100 tahun.

8) Petra

Binaan kota Petra di Jordan adalah daya tarikan utama pelancong, namun artifak ini menerima tempias bencana alam seperti hujan, angina serta disentuh oleh pelancong menyebabkan nilainya juga makin susut.

9) Gunung berapi Hawai

Taman Negara gunung berapi Hawai memberi peluang kepada pengunjung merasai aktiviti membabitkan gunung berapi. Namun ia meningkatkan risiko suhu, situasi dan keadaan yang tidak menentu

10) Alaska

Di Alaska pula dilaporkan gua ais dan kubah ais semakin mencair setiap tahun. Ngeri juga kan? Tapi berbalik kepada prinsip kehidupan - ada tarikh luputnya.Jadi, jom lah menyempatkan diri ke lokasi bersejarah ini

Fuhh lepas tengok list ni terus rasa nak check buku merah hidup lagi ke tak. Jom travel. Dah lama dah duk dalam office je ni. 

Sumber: The Weather Channel!

-KeN