JPO Buat Promosi Diskaun Giler-Giler, Sampai 90 Peratus!

TRAVEL
June 11, 2020 - 04:58 PM


Ini berita gembira kepada korang yang kaki shopping dan sukakan barangan berjenama.

Lokasi membeli-belah yang sememangnya popular di Johor Bahru iaitu Johor Premium Outlet (JPO) menawarkan diskaun sehingga 90 peratus kepada pelanggannya bermula 10 Jun 2020!

JPO di Senai yang menampilkan lebih 150 stor outlet pereka dan jenama terkemuka melakukan potongan harga istimewa itu bagi menyahut seruan Kerajaan untuk menyemarakkan sektor pelancongan domestik yang sebelum ini lumpuh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Bukan itu sahaja, malah kalau korang tiada idea nak bercuti ke mana bersama keluarga, hotel-hotel di Johor juga nampaknya memperhebatkan promosi bilik mereka.

Seperti contoh, Hard Rock Hotel Desaru Coast menawarkan diskaun sehingga lebih 50 peratus dengan menawarkan harga bilik bermula RM333 semalam manakala Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort pula menawarkan harga bilik pada kadar RM120 semalam, selain menawarkan promosi hebat pada kadar hanya RM1,000 untuk 11 hari dan 10 malam.

Bahkan kalau korang teringin untuk bercuti dan bersantai-santai di tepian pantai, Johor juga mempunyai antara pulau terindah di dunia seperti Mersing mempunyai gugusan Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Besar.

Malah ramai juga pelancong tempatan dan antarabangsa melabelkan keindahan Pulau Rawa ibarat 'Maldives Malaysia'!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuti-cuti Johor!

Sumber: Berita Harian

Destination: