Kapal Layar Mewah Yang Bernilai Hampir 2 Billion Ringgit

TRAVEL
September 14, 2017 - 06:14 PM


Bercuti dengan kapal layar memang sesuatu yang rare dan mewah bagi orang kita. Kira kalau dapat belayar pun dan kira hebat sangat dah. Teringat masa gi Monaco. Dapat tengok kapal-kapal mewah ni depan mata pun dah rasa wow sangat dah. Kalau dapat naik tak tahu lah apa perasan yang nak di gambarkan.

 

Kapal layar mewah milik Andrey Melnichenko, billionair dari Russia ini diberi nama "Sailing Yacht A" dan dikatakan bernilai mencecah 450 juta Dollar Amerika bersamaan 1.99 billion Ringgit Malaysia.

 

Kapal layar ini dilengkapi ruang pemerhatian di bawah paras laut yang dilengkapi kaca pelindung setebal 30 sentimeter. Ia juga mempunyai tempat untuk helikopter mendarat dan juga enjin hybrid diesel-elektrik. Kapal layar ini boleh mencapai kelajuan 38 kilometer sejam. Ianya dikendalikan oleh 54 orang krew kapal.

 

 

Ia dibina oleh syarikat Nobiskrug dan direkabentuk oleh Philippe Starck. Beratnya kapal layar ini adalah 12,558 tan. Kapal ini berukuran 142.81 meter panjang, dan tingginya mencapai 100 meter. Sekiranya dinisbahkan dengan ketinggian bangunan, kapal layar ini mencecah ketinggian 8 tingkat bangunan. Apabila layarnya yang teramat besar itu dibuka sehabisnya, jumlah keluasannya mencapai 3,700 meter persegi.

 

 

Andrey Melnichenko adalah pemilik syarikat pengeluar baja - EuroChem dan pengeluar arang batu - SUEK (Siberian Coal Energy Company), dan beliau sememangnya seorang peminat kapal. Sailing Yacht A ini merupakan kapal yang terbaru dalam koleksinya. Kapal beliau sebelum ini diberi nama "Motor Yacht A" dan dikatakan bernilai 250 juta Dollar Amerika bersamaan dengan 1.05 Billion Ringgit Malaysia.