Kenapa Nak ke Eropah Jika Macao Boleh Offer Korang Macam-Macam!

PILIHAN EDITOR
August 05, 2019 - 02:15 PM


Kenapa Macao? Macao merupakan salah satu destinasi pelancongan yang kian menjadi perbualan buat kaki travel di Malaysia. Disebabkan jirannya iaitu Hong Kong begitu popular, kini Macao juga menerima tempiasnya.

Sama seperti Hong Kong, Macao juga merupakan salah satu wilayah Tembok Besar China namun ianya mempunyai sistem pentadbiran sendiri. Sebab itu, Macao menggunakan mata wang sendiri yang dipanggil Macanese Pataca (MOP). RM1 bersamaan MOP2. 

Bagi mereka yang masih lagi keliru sama ada Macao ni negara atau bukan, jom kita imbas kembali sejarah Macao satu ketika dahulu. Macao pernah diserahkan kepada pihak Portugis atas perjanjian pihak China dan Portugal. Macao berada di bawah kekuasaan Portugis dari tahun 1557-1999 (Portuguese Macau) dan diserahkan kembali kepada Tiongkok dengan status satu negara dua sistem sama macam Hong Kong. Dan kini Macao adalah sebahagian dari China. Sebab itu ramai yang masih lagi eja nama Macao sebagai Macau. Macau adalah nama Macao dalam bahasa Portugis. 

Jika nak di bandingkan antara Macao, Hong Kong dan China, terlalu banyak perbezaannya. Perbezaan ini korang boleh lihat bila korang jejakkan kaki di Macao. Satu perkara yang buatkan Macao ni berbeza dengan China dan Hong Kong adalah sejarah dan seni bina bangunannya yang banyak dipengaruhi oleh Portugis sama seperti di Melaka.

#Kota Pilihan Buat Pelancong Muslim

Bila berbicara tentang pelancong Muslim, mesti perkara pertama yang korang terfikir adalah tempat makan halal, ruang solat dan banyak lagi. Semuanya perlu halal. Tahukah korang, Macao ini adalah kota mesra muslim, di mana di Macao korang boleh jumpa banyak kedai makanan halal. Tak perlu lagi nak bawa beras, maggie dan sebagainya bila melancong ke Macao. Banyak pilihan restoran halal yang korang boleh pergi.

#Tempat Menarik di Macao (Hot Spot)

Paling best, boleh kata satu benua Eropah ada di sini! Kebanyakkan hotel di Macao mengambil inspirasi dari Eropah untuk rekaannnya. Jika anda ke hotel Parisian anda rasa seperti anda di Paris (siap dengan replika Eiffel Tower yang hebat), Jika anda ke Venetian anda rasa seperti anda berada di Venice dan jika anda ke Legend Palace Hotel pula anda rasa seperti sedang berada di Rom. Memang dahsyat mereka mencipta ilusi ini dan sesuatu yang anda tidak dapat rasakan di tempat lain.

Di bawah ini, kami akan senaraikan 14 tempat menarik yang korang boleh lawati sebagai seorang pelancong Muslim! 

Planetarium Macao Science Centre

Tempat ni memang sesuai jika anda datang ke Macao bersama keluarga. Selain sains, kat sini juga anak-anak korang boleh belajar tentang teknologi, persekitaran dan gaya hidup. Bukan budak-budak je boleh belajar, mak bapak pun boleh belajar sekali. Macam-macam ilmu yang boleh dapat di sini.

Info Lanjut: Macao Tourism!

Angry Bird Centre

Bagi peminat 'angry bird' jangan lepaskan peluang untuk ke Angry Bird Centre yang terlepak di Ponte 16. Kalau nak merasa jadi kanak-kanak semula, boleh sahaja datang ke sini. Pengalaman ditimbus dengan bola-bola kecil dan bermain tembak-tembak sangat menyeronokkan!!! Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun confirm sukakan tempat ini. 

Info Lanjut: Angry Bird Ponte 16

G Racing Stimulators

Haaa..ini permainan orang dewasa. Sumpah rasa teruja sangat masa main G Racing ni. G Racing ni kira macam game lumba kereta pakai simulator. G Racing pun terletak di Ponte 16. Sama tempat dengan Angry Bird cuma berbeza tingkat. Jika nak uji tahap mencabar dia, bolehlah cuba! 

Di Macao ni ada juga penganjuran Macau Grand Prix yang merupakan antara acara sukan yang terbesar di sini. 

Info Lanjut: Macao Fun & Leisure Racing & Grandprix

Macao Tower

Kalau datang Macao memang tak sah jika tak jejakkan kaki ke Macao Tower! Macao Tower ni memang sangat terkenal di seluruh dunia sehinggakan rancangan popular Korea Selatan (Running Man) pun pernah membuat penggambaran di sini. 

Bagi yang suka uji adrenalin korang, inilah tempatnya! Bungee Jump Macao Tower adalah bungee jump yang tertinggi di dunia ya! View dari atas ni pun dah cukup mengerikan.

Info Lanjut: Macao Tower

Ruins of St Paul’s

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ruínas da Antiga Catedral de São Paulo 澳门大三巴 #ruinsofstpauls #alyasinmacau #macau #huaweip30pro

A post shared by Alya Khoo (@alyakhoo) on

Pada 1835, salah satu gereja Katolik terbesar di Asia ini runtuh dalam satu kebakaran dan hanya meninggalkan pintu hadapannya yang menceritakan tentang sejarah penyebaran agama Kristian di benua ini dengan simbol-simbol tentang agama berkenaan.

Ruins of St. Paul’s hari ini berdiri sebagai salah satu mercu tanda paling ikonik dan paling banyak dilawati di Macao. Ia salah satu lokasi wajib kalau korang nak mengesahkan yang korang dah sampai ke Macao. Lagi satu lokasi ini juga sangat Instagrammable!

The Parisian Macao​

Parisian ni merupakan salah satu hotel terbesar di Macao. Besar hotel ni sampai ambil masa setengah hari untuk jelajah hotel ni sahaja. Di sini ada Eifel Tower, pusat beli-belah, restoran dan pelbagai taman tema.

Kalau korang nak fefeeling bergambar di Paris bolehlah datang ke sini. Replika Menara Eifel sangat menarik. Sebab itu, korang tak perlu dah ke Eropah kalau Macao sendiri boleh tawarkan korang macam-macam yang ada di sana termasuk Eiffel Tower! Siap boleh tengok keseluruhan pemandangan Macao yang menakjubkan dari tingkat 37!

Tak cukup dengan itu, korang pun boleh luangkan masa menjengah ke dalam hotelnya dan window shopping di The Shoppes at Parisian. Jujur cakap, dengan rekaan berelemenkan gaya Perancis, segenap ruang terasa cukup eksklusif dan ekstravaganza!

Info Lanjut: www.parisianmacao.com

The Venetian Macao​

Dah puas jelajah di Paris apa kata korang ke Venice pula. The Venetian, salah satu hotel bersepadu terawal di Macao dan juga salah satu mercu tanda di Macao ini.

Oh...dan sebagai fakta, di sini juga antara lokasi penggambaran yang cukup ikonik bagi drama popular Korea Selatan, 'Boys Over Flower' dan muzik video ‘New Face’ nyanyian Psy.

Pengalaman di sini memang persis seperti berada di Venice, Itali! Ada replika Terusan Venice yang sangat indah bagaikan korang betul-betul berada di Itali. 

Info Lanjut: www.venetianmacao.com

MGM Cotai 

Bagi peminat seni artistik, jangan lupa singgah di MGM Cotai ni. Suasana di MGM Cotai ni memang sangat mempesonakan! Mana taknya dengan hiasan penuh warna-warna keemasan pastinya membuatkan korang terkesima!

Selain itu, ada juga sebuah karya menggunakan 24 tan besi tahan karat yang diselaputi daun emas 24k yang dipamerkan untuk tontonan umum! Emas betul beb!!!

Tak cukup dengan tu, kat sini juga ada beberapa restoran chef terkemuka dunia, ruang tertutup setinggi empat tingkat dengan 25 skrin LED gergasi yang terbesar di dunia dan chocolate fountain tertinggi di dunia!  

Info Lanjut: www.mgm.mo/en/cotai

Studio City

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kame hame haaaa......

A post shared by Faizal Fredley (@faizalfredley) on

Studio City adalah sebuah resort bersepadu yang pertama di dunia membawakan elemen produksi perfileman dalam pengisiannya termasuklah hotel, pusat beli belah dan pelbagai lagi tarikan untuk pelancong.

Dekat sini, Korang boleh menaiki 'Golden Reel' iaitu roda Ferris berbentuk lapan yang tertinggi di dunia (130 meter) yang terletak di antara dua menara bangunan yang cukup futuristik ini.

Jadi, korang jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di dunia 'Batman Dark Flight 4D' ini. Dengan teknologi 4-Dimensi ni korang akan rasa seolah-olah boleh 'terbang' pusing-pusing keliling Gotham City.

Info Lanjut: studiocity-macau.com

Taipa Village 

Ini merupakan salah satu tempat hipster yang paling digemari oleh Instafamous! Salah satunya adalah Taipa House Museum. Bangunan berwarna hijau turquoise ini membuatkan lokasi ni sangat luar biasa. Di sini korang berpeluang untuk belajar serta memahami lebih mendalam mengenai seni bina Portugis melalui lima buah rumah tradisionalnya yang dibina sejak tahun 1921. Tak hanya menampilkan rekaan dalaman rumah, di sini juga ada tasik dan taman bunga yang cukup mendamaikan, selain mempunyai satu-satunya gereja Katolik di Taipa, Our Lady of Carmel Church.

Lima rumah ini masing-masing mempunyai tema tersendiri iaitu Macanese Living MuseumExhibitions GalleryCreative CasaNostalgic House dan House of Receptions.

Boleh juga luangkan masa berjalan-jalan ke Cunha Street dan Taipa Village Art Space!

Giant Panda Pavilion

Terdapat dua ruang tertutup dengan keluasan 330 meter persegi dan satu ruang terbuka berkeluasan 600 meter persegi yang digunakan khas untuk habitat panda-panda ini.

Selain panda, ada juga haiwan lain yang dipamerkan di sini yang mana salah satunya adalah panda merah.

Info Lanjut: www.macaupanda.org.mo

 Jalan-Jalan Pusing Macao dengan Open Top Bus

Jika ke Macao jangan lepaskan peluang pusing-pusing Macao dengan 'Open Top Bus'. Ada 11 hentian yang semuanya cukup menjadikan perjalanan korang di Macao lebih selesa. Jadi kalau datang sini tak perlu nak naik kereta atau sewa bagai. Cukuplah naik bas dan korang dah pun boleh jelajah seluruh Macao.

Antara hentian Open Top Bus adalah Macau Ferry Terminal, Macau Fisherman’s Wharf, Kun Lam Statue, Hotel Lisboa, New Yaohan, Macao Tower, A-Ma Temple, Galaxy Macau, Broadway Macao dan The Venetian Macao.

Harga tiket:

  • MOP150 (dewasa) 
  • MOP100 (kanak-kanak)

Boleh juga beli online di www.goldsparktours.com

#Tempat Makan Halal di Macao

Seperti yang kami ceritakan di awal tadi, terdapat banyak tempat makan halal di Macao antaranya : 

Dong Lai Shun Muslim Restaurant

Masakan Cina. Lokasinya berhampiran dengan lapangan terbang, jadi sebaiknya bila sampai di Macao singgah dahulu di sini untuk mengisi perut.

Alamat: G/F, 484 Rua Cidade De Coimbra, Macau, Macau 

Dinner @ Taste of India

Hidangan India yang memang terbaik dan kalau nak datang sini, adalah digalakkan untuk membuat tempahan awal sebab restoran ni selalu sahaja penuh.

Alamat: Avenida Sir Anders Ljungstedt, No.22AD Vista Magnifica Court

Lou Lan Islam Restauran

Chef dari Indonesia, ada masakan melayu dan juga Indonesia! 

Alamat: Rua do Teatro (Second Shop)

Golden Peacock at Venetian (Halal & Michelin Restaurant)

Restoran ni bertaraf Michelin dan terletak di dalam bangunan Venetian. Kalau korang jenis suka makan buffet kat sinilah tempatnya. Masakan dengan citarasa India!

Alamat: Golden Peacock Restaurant, The Venetian Macao, Estrada da Baia de Nossa Senhora da Esperanca Casino, Level 1, Shop 1037

Macanese Restaurant (Tapas de Portugal)

Datang Macao tak sah kalau tak rasa sendiri masakan Macao, kan? Jadi korang boleh ke Tapas de Portugal. Tapas de Portugal terletak bersebelahan dengan restoran berbintang Michelin, António Coelho Restaurant. Tapas de Portugal juga menghidangkan menu air tangan chef yang sama. Jangan lupa rasa Serradura ya, puding yang popular di Macao!

Alamat: Rua dos Clerigos No.9, Taipa , Macau

Serradura, Hidangan Pencuci Mulut Popular di Macao

#Hotel di Macao

Terlalu banyak pilihan hotel di Macao! Jadi terpulang kepada bajet anda dan gaya travel yang anda cari. Dari hotel bajet sampailah hotel mewah, macam-macam jenis hotel yang korang boleh pilih. Antara hotel yaang kami boleh cadangkan untuk korang stay di Macao adalah:

1. Caravel Hotel

2. East Asia Hotel

3. Pensão Residencial Florida

Banyak lagi hotel murah sebenarnya di Macao ni, bukan sahaja murah malah ianya menjanjikan keselesaan buat pelancong yang tinggal di sini. Untuk pilihan lain, korang boleh check di laman web Macao Government Tourism!

#TIPS DI MACAO

1. Gunakan Macao Pass untuk lebih jimat!

2. Dari Hong Kong nak ke Macao boleh naik ferry. Tak lama sejam saja dah sampai! 

3. Jika anda sudah tiba di Macao, rugi sangat kalau anda tidak mencuba Tat Telur Portugis 'Lord Stow'.

4. Boleh tukar duit Hong Kong dan juga Macao. Duit Hong Kong juga diterima di Macao.

5. Cuaca di Macao lebih kurang sama sahaja dengan Malaysia. Mungkin boleh sediakan baju hujan atau jaket.

6. Tidak perlu Visa untuk ke Macao

7. Ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Macao

Jika korang bercadang ke Macao nanti, jangan lepaskan peluang untuk sertai pelbagai festival yang bakal berlangsung di Macao sepanjang tahun 2019 ini.

Antara yang akan diadakan pada bulan Ogos ini ialah:

​Matlumat lanjut: http://en.macaotourism.gov.mo/events/calendar.php

Nak lagi best, layan dulu video Nabila Razali semasa penyanyi ini bercuti ke Macao. Gerenti korang mesti akan rasa teruja dan tak sabar nak terbang ke sana!


#MAKLUMAT LANJUT

Boleh emel Macao Tourism : [email protected]

Atau hubungi Macao Tourism :  03-2144 2500

Atau boleh juga ke laman Facebook: https://www.facebook.com/MacaoTourismMalaysia/

Atau layari lama web rasmi Macao Goverment Tourism 

Destination: