Kisah Mistik dan Rahsia Air Terjun Blue Lagoon di Puchong Yang Ramai Tidak Tahu

TRAVEL
July 30, 2017 - 01:27 AM


Puchong merupakan salah satu bandar yang cukup pesat membangun, Lihat sahaja bermacam-macam shopping mall mula di buka di sekitar puchong. Stesen LRT juga kian bertambah. Itu belum di kira kenderaan ketika waktu pagi dan petang. Hampir semua penjuru keluar masuk Puchong akan sesak.

Namun dikala bandar Puchong kian membangun, masih ramai lagi orang Puchong yang belum sedar akan kewujudan air terjun yang masih terpelihara dengan baik dan berada di tengah-tengah bandaraya Puchong.

Terletak di hutan simpan Air Hitam air terjun ini merupakan kawasan larangan untuk di lawati oleh orang ramai. 

Dengan kawalan yang ketat oleh UPM membuatkan air terjun ini begitu indah sekali. Hutan simpan ini merupakan hutan simpan kekal yang yang diwartakan pada tahun 1906 dan dimandatkan oleh UPM selama 99 tahun bermula pada tahun 1996 hingga 2095 bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan juga perkembangan.

Akibat dari perkembangan dan kemajuan yang pesat di sekitar Puchong, hutan simpan ini semakin mengecil dari keluasan asalnya iaitu 4270.7 hektar kepada 1182.07 hektar. Ia juga merupakan satu-satunya hutan pamah dipterokarp jenis kelat-kedondong yang masih wujud dah terpelihara di Lembah Klang. 

Ekosistem di kawasan ini juga sangat unik membuatkan ianya santa istimewa.

Air terjun ini bersumberkan Sungai Rasau dan membentuk satu kolam yang sangat jernih sehingga air kolam ini seakan-akan warna biru. Oleh sebab itu ianya di panggil Blue Laggon.

Air di kolam ini juga akan berubah mengikut musim. Pada musim kering air kolam ini akan kelihatan seakan akan kuning zamrud dan pada musim hujan air akan berubah menjadi biru kehijauan hasil dari pantulan langit dan juga bayangan pokok-pokok di sekitarnya. 

Menurut pegawai UPM kedalaman dasar kolam ini boleh mencecah sehingga 13 meter dan semakin cetek apabila ke hujung kolam. Di dasar kolam ini juga dipenuhi oleh akar-akar pokok membuatkan ianya tersangat bahaya untuk mandi.

KISAH MISTIK

Disebalik keindahan kolam ini ianya tersimpan pelbagai cerita mistik yang ramai tidak tahu. Menurut orang asli yang tinggal berhampiran hutan ini menceritakan pernah ada seorang lelaki yang berenang ke dasar kolam ini namun tidak pernah timbul hingga sekarang. 

Mungkin disebabkan dasar kolam yang dipenuhi akar pokok membuatkan mayat tersebut tersangkut di bawah sana. Itu secara logik lah. Tapi menurut sesetengah orang dasar kolam ini menghubungkan laluan ke dunia lain. Mungkin alam bunian katanya.

Walaupun kolam dan air terjun ini merupakan KAWASAN LARANGAN masih ramai juga natizen yang ingkar dan masih menyelinap untuk masuk ke kawasan ini. 

Meskipun begitu hutan simpan ini masih lagi boleh di lawati oleh orang ramai bagi tujuan jungle trekking.