Koh Lipe – ‘Maldives’ Di Thailand

TRAVEL
March 25, 2019 - 12:49 PM


Koh Lipe adalah salah satu pulau yang terletak di daerah Satun, selatan Thailand. Boleh dikatakan yang terdekat jugak dengan sempadan Malaysia/Thailand dan berada dalam gugusan kepulauan Adang-Rawi di Laut Andaman. Kalau korang google, memang keluar banyak gambar yang mengambarkan pantai pasir putih dan air yang sangat jernih kebiruan di Koh Lipe ni.

Koh Lipe, Ko Lipey, Koh Lipeh – Ini merupakan nama-nama lain pulau ni, tapi bukan Kuala Lipis. Itu kat Pahang. Hehe. Kalau nak ikutkan, Koh Lipe ni dia terbahagi kepada 3 pantai utama iaitu Sunset Beach (Barat), Sunrise Beach (Timur) dan Pattaya Beach.

Peta Koh Lipe

Bila dah berada di pulau ni, tarikan atau aktiviti menarik di Kok Lipe yang korang patut cuba atau yang disediakan dah tentulah snorkelling atau scuba diving dan banyak lagi aktiviti menarik di Koh Lipe. Cakap pasal snorkelling ni, kawasan coral reef memang terletak beberapa meter sahaja dari pantai.

Pantai Popular Di Koh Lipe :

Pattaya Beach – ini merupakai pantai terpanjang di sini, kira-kira 1 km jugak dan memang popular dengan hotel, restoran, butik pakaian dan bar.

 

Sunrise Beach (Haad Chao Ley) – Nama pun sunrise, memang kedudukan pantai ni menghadap arah matahari terbit. Pantai dia adalah pantai pasir putih, sepanjang 800 meter.  Sunrise beach ni terlindung daripada monsoon kalau low season. Terletak dekat dengan perkampungan Chao Ley yang ada hospital dan sekolah. Jadi penduduk tempatan pun ramai jugak disini.

 

Credit : Global Travel Mate

Sunset Beach (Haad Pramong) – Pantai sunset ni tak panjang, kira-kira 200 meter sahaja. Tapi sini agak happening sebab kebanyakan restoran dan bar menggunakan buluh. Jadi, ada la ‘feel’ dekat pantai kan. Hehe.

Waktu Terbaik Untuk Ke Koh Lipe

Koh Lipe ni destinasi yang korang boleh pergi sepanjang tahun, cuma kalau hujung minggu atau musim cuti memang agak padat sebab pelancong Malaysia dan Thailand sendiri akan ke sini untuk weekend getaway.

Musim ‘high’ adalah dari November sehingga Mei. Jadi kalau nak memudahkan perjalanan, buatlah tempahan dari awal dan musim puncak pada 15 Disember hingga akhir Februari. Boleh dikatakan kebanyakan hotel dan tiket feri dan sebagainya untuk ke Kok Lipe habis. Kalau nak main ‘langgar’ je, tak disyorkan. Takut nanti hampa je korang.

Kalau taknak sesak-sesak, bermula Mei hingga Oktober. Ni boleh dikatakan low season lah di Koh Lipe. Pelancong pun kurang, nak lepak dekat pantai pun senang, tak perlu berebut-rebut.

Macam Mana Nak Ke Koh Lipe

Untuk cara ke Koh Lipe ni, korang dari Malaysia ada beberapa cara dan dalam banyak-banyak ini yang paling jimat. Sebab boleh juga terbang ke Bangkok dan ambil pakej terus ke Koh Lipe. Tapi anggaran RM700 +-

Cara 1 :

Ambil penerbangan ke Hat Yai, kendian naik shuttle ke Pak Bara (250 baht) kendian naik feri atau bot laju ke Koh Lipe (650 baht) – harga ni anggaran ye. Total 900 baht = RM116

Cara 2 :

Dari Pulau Langkawi, ambil feri terus ke Koh Lipe. Feri dari Langkawi ke Koh Lipe ambil masa dalam 90 minit jugak. Jadi sediakan lah apa yang patut. Harga adalah dari RM 110.00 - RM 128.00,

Sehari ada 4 trip bermula pukul 9 pagi, 9.30 pagi, 2 petang dan 2.30 petang.

Takkan nak cerita jugak macam mana nak ke Langkawi? Hehe.

Nak cepat, naik flight. Nak sedang-sedang, naik ETS lepastu naik feri ke Langkawi. Nak slow and steady, naik bas, turun Kuala Perlis, naik feri.

p/s : Feri / Bot dari Langkawi ke Koh Lipe beroperasi dari Oktober hingga Mei sahaja. Dan, jangan terkejut kalau diorang mintak passport awal-awal.

BACA : Tips Mencari Makanan Halal Di Thailand

THAILAND HARAMKAN ROKOK DI KAWASAN PANTAI 

LAPOR DIRI KE KEDUTAAN KALAU KELUAR NEGARA

Destination: