Konsep Unik Løvtag, Penginapan Bertemakan Treehouse Di Denmark

TRAVEL
July 26, 2019 - 01:18 PM


Sekiranya waktu kecil dulu, korang pernah membina ‘treehouse’ atau ‘rumah’ di atas pokok, destinasi yang bakal kitorang kongsikan ini mungkin akan merealisasikan impian waktu kecil korang untuk bermalam di sebuah treehouse.

Treetop Hotel Lovtag ini terletak di Marianger Fjord dan berada di hutan kecil berdekatan dengan Als Odde, kawasan utara Denmark. Bestnya di kawasan ini, ianya tidak terkesan dengan industri pelancongan lagi, jadi ia agak tenang dan sesuai untuk aktiviti berbasikal, hiking dan memancing.

DIbina oleh Sigurd Larsen, sebanyak sembilan unit treehouse telah dibina dan tersedia untuk tempahan. Kabin ini boleh memuatkan empat orang dewasa dan dari sudut pemuliharaan alam sekitar, ianya dibina tanpa menebang sebatang pokok sekalipun.

Ini bermaknya, dalam kabin ini nanti ada batang pokok selain terdapat alat pancuran outdoor yang akan memberikan pengalaman mandi di ‘dalam’ hutan.

Harga untuk penginapan untuk dua orang adalah RM1692 +/- untuk satu malam dan sarapan serta makanan khas Denmark.

Fuh, ini baru nature! 

Sumber : Website | Lovtag