Kota Tinggi, Johor - Menyelongkar Keindahan Alam Selain Kawasan Pulau

TRAVEL
November 30, 2020 - 04:10 PM


Kota Tinggi Johor sering menjadi sebutan kaki travel di Malaysia. Tapi ramai yang tak tahu mana nak pergi sebaik sahaja mereka tiba di sana. Jangan risau, Rileklah akan tunjukkan lokasi-lokasi yang best untuk korang meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga di sini. 

Pertama sekali, korang boleh bawa pasangan atau anak-anak  merasa pengalaman masuk ke kebun buah-buahan dan mengenali macam mana rupa pokok buah-buahan seperti pokok buah markisa atau pokok pisang 1000 buah di Desaru Fruit Farm Agro Tourism. Menarik bukan?

Malah selain daripada melihat pokok buah-buahan yang subur di sini, korang juga boleh membeli buah segar yang dituai. Bolehlah beli buah dan dijadikan sebagai cenderamata buat orang yang ditinggalkan. Selain melihat pokok tropika yang ada di sini, Desaru Fruit Farm Agro Tourism juga mempunyai tarikan lain seperti mini zoo yang menempatkan kambing, ayam serama, ayam belanda dan arnab.

Kemudian, korang juga boleh pergi ke Kelip-kelip Bujang, Bandar Penawar. Menariknya disini korang boleh menikmati makan malam di dalam bot yang sedang bergerak ke sekitar kawasan perairian sambil membawa korang melihat kehidupan kunang-kunang. Ala-ala river cruise tapi versi tradisional. Oh! Dalam bot ni juga korang boleh berkaroke. Lepas kenyang tu, apa lagi bernyanyi lagi, barulah rasa bercuti!

Akhir sekali, korang boleh pergi ke Pusat Ternakan Belangkas di Sedili Kecil Kota Tinggi Johor. Mungkin ada di antara kita tak tahu apa itu Belangkas dan tak pernah tengok pun kehidupan ini depan-depan. Jadi, inilah tempat terbaik untuk korang merasai sendiri memegang belangkas dan mengenali kehidupan Belangkas.

Jadi itulah dia antara lokasi-lokasi menarik yang korang boleh pergi di Kota Tinggi, Johor. Macam biasa, nak berjalan tu tak ada masalah, tapi kita kena ingat bahawa pandemik COVID-19 masih ada ya. So korang jagalah SOP dan jaga penjarakan 1 meter. Penutup muka jangan lupa pakai dan sentiasa bawa hand sanitizer. Have fun guys!

Destination: