Langkawi 'Buka Pintu' Kepada Pelancong Domestik Mulai 16 Sept Ini

JALAN-JALAN
September 02, 2021 - 09:50 PM


Wow, ini ada satu berita gembira kepada korang yang dah lama nak melancong ke Pulau Langkawi.

Bermula 16 September ini -- pulau lagenda yang popular di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa itu akan kembali dibuka kepada pelancong domestik di bawah program 'travel bubble'.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan keputusan terbaharu Kerajaan itu berkata Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis 'travel bubble'.

Malah, beberapa destinasi pelancongan yang lain turut akan dibenarkan untuk beroperasi semula apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.

Di bawah program 'travel bubble' sektor pelancongan domestik akan diberi kelonggaran operasi, namun berdasarkan syarat-syarat ditetapkan kerajaan.

Sumber: Utusan Malaysia 

Destination: 
Artikel berkaitan