
Lost World Of Tambun Cipta Rekod Hasilkan Ukiran Ais Terpanjang Asia
TRAVELImpian sekumpulan pelajar jurusan kulinari untuk mengukir dalam Asia Book of Records akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya membuat ukiran bongkah ais sepanjang 60 meter yang diiktiraf sebagai terpanjang di Asia!
Ukiran ais dengan pelbagai elemen tarikan yang ada di Taman Tema Lost World of Tambun, Ipoh, Perak ini berjaya disiapkan dalam tempoh 26 jam oleh sekumpulan 117 orang yang terdiri daripada pengukir air senior, pengukir ais amatur serta pelajar dari Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar.
Ukiran yang dihasilkan pula berupa haiwan seperti kuda dan pelbagai jenis burung yang terdapat dalam ‘petting zoo’, selain kolam air panas, permainan air serta bentuk tiang taman tema itu.
Sebanyak 250 bongkah ais digunakan, dengan berat setiap satu dianggarkan 100 kilogram untuk menghasilkan ukiran dengan ketinggian struktur utama kira-kira 3.9 meter.
Selepas berjaya memenuhi syarat agar bentuk ukiran dikekalkan sekurang-kurangnya selama 2 jam, pengiktirafan dan Sijil Asia Book of Records diberikan kepada Lost World of Tambun.
Sumber: Bernama
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video