
Macam Ini Rupanya Cara Untuk "Travel Light" Dengan Betul
TRAVELHairan kan bila tengok backpackers angkut beg setinggi gunung, dengan selamba je jalan pusing-pusing. Kadang terfikir juga, tak patah ke tulang belakang sandang beg lama-lama? Cuba lah kalau korang yang kemas beg, terasa macam nak je sumbat semua barang. Cuba amalkan enam langkah ni setiap kali korang nak kemas beg pergi melancong, confirm tak perlu nak check-in beg dah. Jimat duit sikit kan!
1. Letak semua barang atas permukaan luas
Kan senang kalau korang letak dan susun semua barang yang nak pek atas permukaan luas. Waktu ni lah korang dapat tengok dan filter semula apa yang ada dan takda.
2. Bawa barang yang betul-betul perlu je
Korang ke hulu hilir sandang beg berat-berat, barang yang pakai hanyalah 40 peratus. Yang lain? Ha kan dah membazir ruang tu. Pegang je dua prinsip ni : bawa barang yang tak melambatkan momentum badan sebaliknya meringankan.
3. Barang penting masuk last
Barang yang penting lah korang akan masukkan dulu dalam beg kan sebab takut tertinggal. Bila nak jimat ruang, korang perlu pek baju dan barang secara "reverse order". Jadi barang atau baju yang korang sangat perlukan tu perlu dimasukkan akhir sekali kerana barangan ni lah yang korang akan sentiasa guna.
4. Kenal betul-betul berat setiap barang
Kalau korang jenis yang akan bawa backpack tu, ni tips berguna : barang paling berat perlu diletakkan di tengah beg dan berhampiran dengan kedudukan tulang belakang korang. KENAPA? Ianya mengimbangkan berat badan korang dan bukannya menarik badan korang. Tips bagi luggage : Bahagikan pada tiga bahagian : sederhana berat (lapisan bawah beg) | berat (lapisan tengah) | ringan (lapisan atas)
5. Lipat, gulung dan ikat
Kalau korang lipat semua pakaian, confirm takda ruang untuk sumbat satu beg. Gulung dan ikat : barangan atau pakaian yang besar. Untuk barangan lain pula, korang boleh lipat dalam mengikut bentuk yang sama je semuanya supaya senang untuk susun dalam beg.
6. "Ada beg dalam beg"
Tak perlu complicated kan susunan makeup bagai. Cuba asingkan barangan elektronik(pengering rambut, shaver), barang mandian, topi dan sebagainya dalam beg lutsinar yang kecil. Paling senang nak dapat : plastik ziplock. Okay biasanya barangan ni penting jadi ianya patut diletakkan di lapisan atas beg. Tapi bergantung pada tahap kepentingan korang ya.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video