Mai Kedah, Jangan Lupa Singgah Port Cantik Sebiji Macam Di Bali Ini!

TRAVEL
February 13, 2020 - 05:57 PM


Pepatah ada mengatakan “Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Lebih Baik Negeri Sendiri”.

Mungkin ramai yang suka melancong ke negara luar dan mengagungkan pemandangan indah di sana kerana menganggap negara kita kurang port-port cantik seperti mereka.

Tapi kalau korang explore betul-betul setiap inci negeri-negeri di Malaysia, sebenarnya ada sahaja lokasi atau spot menarik yang memang setanding dengan luar negara.

Seperti contoh baru-baru ini yang viral seakan destinasi popular Bali sebenarnya ada sahaja di Homestay Kampong Agong Bakar Kapor, Pulau Pinang.

Terbaharu juga di negeri sebelah Utara, iaitu di Alor Setar, Kedah – terdapat sebuah port yang ‘Instagram-worthy’ untuk korang si kaki gambar!

Nama tempat tersebut adalah Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya yang mempunyai port ala ‘sarang burung’ berlatar belakangkan kehijauan sawah padi dan ditambah dengan pesona Gunung Keriang.

Ladang ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula jam 9 pagi hingga 7.30 malam.

Kalau korang datang ke utara, mailah singgah ke sini kerana selain dapat membeli madu yang sememangnya baik untuk kesihatan korang juga dapat pakej gambar cantik! Best, kan!

LADANG MADU KELULUT ORI DUKUN JAYA

Alamat: KM 8.4, Kampung Padang Lalang, 06250 Alor Janggus, Alor Setar, Kedah.

Waktu Operasi:  Isnin-Khamis (9.30 pagi -7.00 malam)

                            Jumaat-Ahad dan Cuti Sekolah/Umum (9.00 pagi -7.30 malam)

Sumber: Discover Alor Setar

Destination: