New York Times Senaraikan Chow Kit Dan Sabah Antara 52 Tempat Mesti Dilawati

TRAVEL
February 20, 2020 - 01:15 PM


New York Times, sebuah akhbar terkemuka dari Amerika Syarikat baru – baru ini telah mengeluarkan senarai 52 tempat mesti dikunjungi kepada pembaca mereka untuk tahun 2020.

Menariknya, dua destinasi di Malaysia iaitu Chow Kit dan Sabah berada dalam senarai berkenaan yang menempatkan pelbagai lagi destinasi pelancongan ternama di seluruh dunia seperti Tokyo dan Egypt.

Chow Kit berada di senarai destinasi ke-20 pilihan New York Times manakala Sabah berada di tangga ke-28.

Kalau Sabah, pastinya kita ketahui pemilihannya disebabkan banyak pulau – pulau dan pantai yang cantik dan kaya dengan biodiversity alam.

Untuk Sabah, mereka ada sebut tentang Pulau Gaya yang menjadi tumpuan mereka yang gemarkan pantai selain peluang untuk menyaksikan orang utan di habitat semulajadinya sepanjang Sungai Kinabatangan.

Untuk warga kota, pemilihan Chow Kit pastinya menjadi tanda tanya kerana ia diketahui sebagai tempat yang agak sesak dan boleh dikatakan ianya hanya lokasi ‘biasa’.

Namun, New York Times mengetengahkan dua buah hotel yang baru dibina di kawasan berkenaan iaitu Momo’s Kuala Lumpur yang mempunyai reka konsep yang sangat menarik. 

Selain itu, mereka juga mengetengahkan hotel The Chow Kit yang mempunyai 113 buah bilik serta mendapat sentuhan rekaan Studio Tack. Dari segi rekaan luaran dan dalamannya, memang nampak mewah dan menarik tau.

Nampaknya, media luar kembali membuka mata terhadap keunikan yang ada di Malaysia. Ini secara tidak langsung boleh menambahkan bilangan pelancong ke negara ini sempena kempen Visit Malaysia 2020 serta mengembalikan kepercayaan pelancong terhadap negara ini.

Sumber : The New York Times