Nikmati Rasa Sebenar Percutian Musim Sejuk Di Sapporo Snow Festival
TRAVELSalah satu tempat untuk betul-betul menikmati percutian di musim sejuk adalah Hokkaido. Seperti aku dah cerita dalam post sebelum ni. Kalau belum baca boleh baca cerita Smelt Fishing, Ice Drift dan Estern Hokkaido dulu.
Hokkaido merupakan pulau terbesar di Jepun. Memang banyak tempat menarik yang korang boleh pergi di Hokkaido tapi untuk post kali ini aku nak cerita tentang Sapporo. Sapporo merupakan bandar utama di Hokkaido. Kira memang menjadi tumpuan untuk para pelancong seluruh dunia. Bagi pelancong Malaysia, Sapporo memang antara top destinasi di Jepun. Lagipun penerbangan Air Asia hamper 4 kali seminggu ke Sapporo membuatkan destinasi ini begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Jika nak ke Sapporo, waktu terbaik untuk datang adalah semasa musim sejuk dan juga musim bunga. Tapi musim bunga memang padat sikitlah. Kalau datang musim sejuk kat Sapporo akan di adakan Sapporo Snow Festival setiap tahun. Bagi tahun 2018 Alhamdulillah aku sempat merasa pengalaman berada di Snow Festival Sapporo.
Memang sesuatu yang mengujakan bila di tengah bandar macam ni ada Festival yang terbesar di Jepun. Banyak aktiviti yang diadakan di sini selain memang tarikan utama di Sapporo iaitu Shoppping!
Pada tahun 2018 berlansungnya Sapporo Snow Festival kali ke 69. Sebanyak 203 arca yang di perbuat daripada salji di pamerkan untuk Festival ini. Paling besar adalah Odari site yang menampilkan pelbagai jenis arca yang di perbuat daripada ais. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman di setiap site kerana setiap site ada offer yang berbeza beza.
Skate Rink
Show ini antara yang paling popular pada tahun tahun sebelum. Ramai orang yang datang untuk merasa pengalaman skating ni. Sesuai untuk keluarga habiskan masa bersama.
Happy Birthday Hokkaido
Tahun 2018 juga merupakan ulang tahun Hokkaido yang ke 150. Sempena birthday Hokkaido ni arca terbesar juga di buat khas melambangkan 150 tahun nama Hokkaido di gunakan. Arca yang di bina melambangkan kehidupan flora dan fauna yang wujud di Hokkaido terdiri daripada Japanese Pika (aku panggil Pikachu), Beruang Perang, Salmon, Musang Merah Ezo, dan Rusa Hokkaido. Selain tu ada juga bunga Hokakido dan Ros Jepun.
Park Air Square
Aktiviti ni aku sempat tengok hari terakhir. Memang meriah dan bestlah. Di sertai oleh peluncur salji yang popular dan berpengalaman menunjukkan skill masing-masing. Ketinggiannya adalah 24 meter dan panjang 60 meter dengan maksimun 36 degree grade. Selain itu ada juga snowboards tournament untuk junior.
Memandangkan aku hanya sempat join Sapporo Snow Festival on the last day so tak banyak aku boleh ceritakan dan gambar-gambar pun tak banyak. Sampai di sini sahaja lah aku dapat story kat korang. Tapi jangan risau, selain Snow Festival korang boleh lepak dan shopping di Daimaru Sapporo Shopping Mall dan juga Sapporo Factory Shopping Mall. Dekat 2 mall ni ada juga di sediakan surau untuk muslim solat.
INFO SAPPORO SNOW FESTIVAL:
- Di buka pada bulan Februari setiap tahun
- Lokasi: Odari Park
- www.snowfes.com/english/index.html
DAIMARU SAPPORO:
- Address: Japan, 〒060-0005 Hokkaido, Sapporo, Chuo, Kita 5 Jonishi,
- Open Hour : 10 AM – 8 PM
- Phone: +81 11-828-1111
- Prayer Room : Tingkat 3F
SAPPORO FACTORY:
- Address: 4 Chome Kita 2 Johigashi, Chuo, Sapporo, Hokkaido 060-0032, Japan
- Open: 10 AM – 8 PM
- Phone: +81 11-207-5000
- Prayer Room: Level 3F
Muslim FAM Trip di Hokkaido ini di bawakan khas oleh Hokkaido Tourism Organization!