Rakyat Daripada 11 Negara Ini Tidak Lagi Dibenarkan Untuk Masuk Ke Malaysia

TRAVEL
September 04, 2020 - 12:30 PM


Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata Malaysia telah menyekat kemasukan pelancong dari beberapa buah negara bermula Isnin depan (7 September, 2020). Antara negara tersebut adalah:

 

  • Amerika Syarikat
  • Brazil
  • Perancis
  • Sepanyol
  • United Kingdom
  • Itali
  • Arab Saudi
  • Bangladesh
  • Indonesia
  • Filipina
  • India

 

 

Banyak lagi negara yang akan ditambah dalam list ni sekiranya negara tersebut mempunyai lebih daripada 150,000 kes positif. Dengan kata lain, pelancong negara lain tak boleh sesuka hati untuk masuk melancong di sini dan tindakan ini memang sangat wajar walaupun mungkin akan menjejaskan sektor pelancongan.

Mereka yang mempunyai status Permastautin Tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan Pas Lawatan Profesional (PVP) juga harus mengikuti larangan ini. Tetapi kalau ada kecemansan untuk masuk ke Malaysia ianya bergantung kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk memberi kelulusan atau tidak.

Pada minggu hadapan pihak KKM akan mengeluarkan senarai penuh negara yang bakal disekat masuk ke dalam Malaysia. Nampaknya makin serius pulak kes COVID-19 ni. Negara yang dah turun dulu pun makin menaik balik kes dia. Sebab tu rakyat Malaysia jangan leka. Terus patuhi SOP dan jangan lupa jaga jarak okay? Kita jaga kita.

 

Sumber: The Star

 

Destination: