Perak Tawar 10,000 Baucar #TravelPerakLah Untuk Pelancong Domestik

TRAVEL
September 01, 2021 - 02:51 PM


Wah, ini ada satu berita menarik untuk korang yang bergelar penduduk Perak dan telah lengkap 2 dos vaksin!

Bagi korang yang dah tak sabar untuk bercuti jelajah ke Negeri Perak -- korang jangan lupa untuk menebus Baucar #TravelPerakLah sebanyak 10,000 keping yang ditawarkan oleh pihak Tourism Perak.

Baucar tersebut dijangka boleh digunakan bermula 1 Oktober depan hingga bulan Jun 2022.

Baucar #TravelPerakLah Fasa Empat ini bakal memfokuskan kepada 78 pengusaha spa dan yang berdaftar di bawah Persatuan Usahawan Spa Perak serta turut melibatkan 35 syarikat agensi pelancongan di bawah Persatuan Umrah, Haji dan Ziarah (PUHAZ).

Inisiatif pemberian baucar berkenaan adalah bertujuan merancakkan kembali kawasan pelancongan domestik yang ditutup sementara sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19.

Baucar #TravelPerakLah yang dilancarkan sejak Julai tahun lepas, kini dilanjutkan tempoh penggunaan serta penebusannya untuk pelancong sehingga Jun tahun depan.

Dengan menggunakan baucar tersebut, pelancong boleh terus menebusnya apabila membuat pembelian pakej atau penginapan.

Kesemua maklumat mengenai baucar itu boleh didapati di jaringan media sosial rasmi Tourism Perak atau layari laman web rasmi Tourism Perak Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berharap dengan penawaran baucar #TravelPerakLahkata ini mampu menarik minat orang ramai untuk kembali melancong ke negeri Perak -- di samping mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

Sumber: BERNAMA

Destination: