Pesawat Boeing 747 Ditenggelamkan Sebagai Tarikan Taman Tema Yang Beroperasi Ogos Ini

TRAVEL
June 21, 2019 - 11:45 AM


Selalunya kita nampak kapal terbang biasa berlegar-legar di ruang udara, tetapi korang jangan terperanjat dekat Bahrain terdapat sebuah pesawat Boeing 747 yang diletakkan di dasar lautnya bagi menarik pelancong dari seluruh dunia untuk berkunjung ke sana.

Ini kerana Bahrain bakal membuka sebuah taman tema dasar laut pertama dunia seluas 100,000 meter persegi dalam masa terdekat dan pesawat sepanjang 70 meter itu sengaja ditenggelamkan untuk dijadikan tarikan terbesar kepada pengunjung.

Malah, pesawat itu juga bakal menjadi pusat menyelam berlesen pada bulan Ogos ini dan kalau korang memang seorang kaki diving, inilah peluang keemasan untuk melawat taman tema bawah air berkenaan!

Walaupun kehadiran pesawat di dasar laut itu digunakan semata-mata untuk tujuan pelancongan, korang jangan risau sebab pihak berkuasa Bahrain telah mengeluarkan segala bahan-bahan toksik daripada pesawat tersebut demi menjaga habitat hidupan laut di situ.

Bahkan dalam usaha memulihkan ekosistem laut, inisiatif menurunkan pesawat itu juga diharap membantu dalam pemeliharaan persekitaran laut sesuai dengan piawaian alam sekitar di peringkat antarabangsa.

Selain pesawat berkenaan, taman tema itu juga mempunyai replika rumah peniaga mutiara tradisional Bahrain, terumbu karang buatan dan ukiran lain yang dibuat daripada bahan mesra alam.

Penyelidik yang melawat taman tema bawah air juga dapat memperoleh maklumat tentang ekologi laut, malahan projek ini juga akan membantu dalam meningkatkan kesedaran tentang memelihara habitat laut.

Sumber: Mstar

Baca juga: Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan Dijangka Dibuka Tahun Depan Di Kuantan, Pahang

 

 

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video