Pulau Pangkor Bakal Dibuka 1 November

TRAVEL
September 13, 2021 - 11:44 AM


Pulau Pangkor dijangka dibuka selewat-lewatnya 1 November depan kepada pelancong. Bagaimanapun, keputusan akhir tertakluk kepada 'lampu hijau' daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.



Kata Nolee Ashilin, bagi mencapai imuniti kelompok di Pulau Pangkor, sekurang-kurangnya 8,026 penduduk diunjurkan perlu lengkap divaksin daripada jumlah keseluruhan populasi, iaitu seramai 11,500 orang. Langkah yang wajar demi menyelamatkan sektor pelancongan di Pulau Pangkor. Jadi, semua kaki travel sediakan wang poket anda untuk mula merancang percutian di Pulau Pangkor!