Pulau Peranginan Terengganu Ditutup 5 Bulan Mulai Oktober

TRAVEL
September 21, 2018 - 03:57 PM


Kalau nak cerita pasal pulau atau pantai yang cantik, tak dinafikan nama negeri Terengganu mesti menjadi sebutan kaki-kaki travel. Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan Pulau Gemia adalah pulau-pulau yang sering orang kita lawati.

TAPI, kalaulah korang ada merancang untuk ke salah sebuah Pulau diatas untuk bercuti, minta batalkan dulu niat korang tu. Sebabnya, selama 5 bulan, kesemua pulau peranginan akan ditutup bermula Oktober ini.

Penutupan pulau-pulau peranginan ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman semalam. Setelah perbincangan dilakukan dengan pengusaha-pengusaha pulau, langkah penutupan ini diambil demi menjamin keselamatan pengunjung baik dari dalam, mahupun pelancong luar negara.

Masa 5 bulan ini, saranan yang diberikan kepada semua pengusaha adalah untuk menaiktaraf ataupun membaiki segala kemudahan untuk keselesaan pengunjung pada masa hadapan.

Namun, penutupan pulau ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana mereka lakukannya setiap tahun bagi menghadapi musim tengkujuh yang kebiasaannya akan menyebabkan laut bergelora dengan kuat.

Untuk korang yang dah ada plan tu, Rileklah, pergi ke tempat lain dulu. Lepas 5 bulan, korang check balik dengan pengusaha resort dekat Terengganu okay.