Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Tarikan Percutian Keluarga Yang Tak Ramai Tahu!

TRAVEL
May 09, 2019 - 12:01 PM


Pantai Teluk Kemang merupakan salah satu tarikan ‘wajib’ singgah kalau kita bercuti ke Port Dickson. Selain dapat menghabiskan masa di lokasi percutian sekeluarga ni, di sini juga terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat oleh semua peringkat umur.

Baru-baru ini, aku sangat terkejut bila dibawa ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson (PIHPD) dalam satu lawatan sambil bekerja baru-baru ni.

Mana taknya, punyalah selalu ke Port Dickson tapi baru kali ini tahu pasal kewujudan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni.

Terletak berdekatan dengan Teluk Kemang, PIHPD ni boleh dikatakan lokasi terbaik untuk percutian sekeluarga, lagi-lagi pada bulan puasa ni. Kalau dilihat dari luar, memang nampak membosankan. Memasuki PIHPD ni, segala perasaan tu terus hilang.

Mana taknya, PIHPD ni besar betul! Ruang pameran yang besar dan selesa. Paling best, ianya ber-aircond! Jadi, sangat sesuai untuk dilawati kalau ada anak-anak kecil. Kalau nak ikutkan aku, aku labelkan PIHPD ni sebagai ‘Aquaria Negeri Sembilan’.

Apa Menarik Di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson?

Sebenarnya, tujuan PIHPD adalah untuk mengalakkan pembangunan industri ikan hiasan marin dan dalam masa yang sama, bertujuan untuk mengkaji dan memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang ikan hiasan.

Menurut seorang staff di sana, kira-kira 2000 species hidupan marin pelbagai jenis telah direkodkan di PIHPD dan lebih menarik lagi, kesemua hidupan yang ada di sini adalah daripada hasil tangkapan atau pemberian nelayan di perairan Port Dickson sendiri!

Selain bertindak sebagai pusat rujukan dalam industri ikan hiasan, disini juga terdapat Galeri Ikan Hiasan yang menempatkan pelbagai jenis ikan hiasan yang semestinya menarik perhatian anda dan juga anak-anak. Kalau yang jenis minat ikan hiasan tu, percayalah, korang akan habiskan masa yang sangat lama di sini.

Pusat Konservasi Penyu

Jangan ingat Port Dickson tiada penyu yang mendarat ye! Sebabnya, Pantai Teluk Kemang sendiri merupakan destinasi persinggahan dua spesis penyu yang boleh dikatakan terancam iaitu Penyu Agar dan Penyu Kara.

Program konservasi penyu di PIHPD ni boleh dikatakan lain daripada yang lain. Sebabnya, daripada setiap ‘batch’ anak penyu yang berjaya ditetaskan, mereka akan menyimpan 20%  sehingga umur penyu tersebut mencecah setahun atau dua tahun sebelum dilepaskan.

Ini dilakukan untuk tujuan penyelidikan dan memastikan anak-anak penyu tersebut telah mencapai keadaan yang stabil sebelum dilepaskan. Sehingga kini, menurut rekod PIHPD, mereka telah melepaskan kira-kira 2000 ekor penyu daripada species Penyu Kara dan Penyu Agar.

Image Kredit : IG | @kariwamegumi

Macam yang aku cakap tadi, sebelum penyu ni dilepaskan, pihak PIHPD akan simpan dahulu. Ini bermakna, anak-anak berpeluang untuk melihat anak penyu ini secara dekat.

Pada aku, ini adalah satu pengalaman yang susah nak diperolehi dimana-mana.

Oh iye, satu lagi… PIHPD ni juga buat program ternakan. Antara yang telah berjaya diternak adalah Batu Karang, Ikan Inggu atau Clownfish, dan Kuda Laut. Korang kalau ke sini, tunjukkanlah ‘nemo’ atau kuda laut dekat anak-anak. Pasti diorang teruja.

Mengenai bayaran, untuk masuk ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni PERCUMA!

Jadi, tunggu apa lagi, jom lah kita ramai-ramai ke ‘Aquaria’ Negeri Sembilan ni!

Alamat : Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Batu 7, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson.

Waktu Operasi : Isnin – Jumaat : 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

                            Sabtu – Ahad : 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat Facebook : Pusat Ikan Hiasan Port Dickson