Suka Travel? Ini 4 Ramalan Trend Travel Akan Berlaku Pada Tahun 2021

TRAVEL
September 03, 2020 - 05:42 PM


Sama ada korang suka atau tidak, dunia dah berubah sekarang ni. Virus COVID-19 telah melumpuhkan ekonomi pelancongan di pelbagai negara di seluruh dunia. Trend travel yang kita tahu sebelum ini mungkin akan berubah pada masa akan datang. Jadi apa ramalan trend travel 2021?

 

Travel Bersama Ahli Keluarga

Kalau sebelum ni ramai juga yang prefer untuk ‘solo travelling’ dan trend tu memang tengah naik sebelum COVID-19. Namun pada masa akan datang mungkin akan lebih ramai yang travel bersama pasangan atau ahli keluarga mereka. Disebabkan kebanyakan dari ahli keluarga ramai yang terpisah jauh ketika kuarantin, lebih ramai yang mula nak spend quality time bersama keluarga mereka.

 

Big Bucket Travel

Banyak lokasi travel yang korang kena try at least sekali seumur hidup di luar sana. Namun ramai juga yang tak kisah dengan list tu kerana beranggapan mereka boleh pergi bila dah tak busy nanti. Tapi selepas COVID-19 ni nampaknya dah ramai yang mula memanjakan diri dengan travel ke bucket list yang famous walaupun hanya boleh travel dalam Malaysia sekarang ni. Bila dah boleh travel ke luar negara nanti, mungkin akan lebih ramai yang pergi ke tempat percutian terkenal di negara lain.

 

Philantourism

Dalam dunia dan negara sedang dilanda wabak COVID-19 ni, sudah pasti ada yang memerlukan bantuan kita. Dan sudah pasti juga ada yang sanggup travel jauh semata-mata untuk membantu rakyat lain. Sebagai contoh, industri pelancongan Malaysia terjejas akibat wabak ni. Jadi ramai pemilik homestay dan hotel terjejas pendapatan mereka. Dan rakyat Malaysia kini dah ramai yang pergi melancong dengan niat nak membantu owner-owner tersebut. Sambil membantu sambil travel.

 

Percutian Social Distancing

Rasanya pandangan serong terhadap orang yang batuk dan bersin di tempat awam makin memuncak. Jadi dah mula ramai yang memilih villa daripada hotel biasa. Kerana ada banyak juga villa yang menyediakan swimming pool personal berbanding yang open punya. Yelah takkan nak mandi beramai-ramai kan. Buatnya ada seorang yang terkena virus tu, habis satu negeri. Dan ramai juga yang dah mula pergi ke tempat-tempat sunyi atau hidden gems di Malaysia ni. Lagi kurang manusia, lagi bagus.

 

Pengalaman Yang Unik

Disebabkan ramai yang terkurung ketika kuarantin, perasaan nak keluar dan merasai satu pengalaman unik tu makin meningkat. Pada tahun hadapan, kemungkinan besar rakyat Malaysia akan mencari lokasi-lokasi travel yang memberikan pengalaman unik. Contohnya, instead of cari hotel atau villa, mungkin mereka nak duduk di rumah panjang. Atau mungkin mereka nak duduk di hotel yang mempunyai tema unik seperti hotel kapsul bertemakan angkasa lepas.

 

Satu Destinasi Sahaja

Travel trip memang dah menjadi pilihan ramai bagi mereka yang suka pergi travel. Alang-alang dah ambil cuti panjang tu rasa macam tak best pulak pergi satu tempat je, betul tak? Tapi pada tahun depan mungkin akan lebih ramai yang travel ke satu destinasi je setiap kali bercuti. Ini kerana mereka mahu mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19.

 

Dan itulah ramalan trend travel Rileklah untuk tahun 2021. Tapi kita baru bulan 9 pun dah macam-macam jadi betul tak? Tak tahu lah ramalan ni tepat atau tidak. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh 4 bulan sebelum masuk tahun baru. Bagi kaki travel yang lain, apa pendapat korang? Kalau boleh share la ramalan trend travel untuk tahun depan.