'Retok' Kampung Pulau Tengah-Lokasi Pelancongan Viral Terbaru Di Kelantan
TRAVELDalam pada negara dan dunia dilanda dengan penularan wabak COVID-19, namun tahun ini Kelantan dilihat sangat rancak dalam memperkenalkan produk pelancongan baharu mereka!
Korang kalau ada rancangan untuk Cuti-Cuti Malaysia dan tak tahu nak ke mana, korang wajib melawat Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Lebih-lebih lagi sekarang ni ada satu lagi destinasi eko-pelancongan baru yang semakin popular di sana dan kini menjadi viral di media sosial iaitu KAMPUNG PULAU TENGAH di Kubang Kerian, Kelantan.
Sebelum ini, Kampung Pulau Tengah hanyalah sebuah perkampungan yang tiada keistimewaan malah terpinggir daripada pembangunan. Tetapi kini, ia semakin menjadi tumpuan orang ramai sejak sebulan lalu sebagai destinasi eko-pelancongan domestik.
Dahulunya kampung itu hanya diceriakan aktiviti penduduk kampung sahaja, kini lokasi itu yang mempunyai keindahan alam semulajadi mampu menarik kehadiran pengunjung sehingga mencecah lebih 500 orang sehari pada hujung minggu.
Ini kerana kampung tersebut telah pun bertukar wajah dan dilengkapi dengan denai atau jambatan yang boleh digunakan pengunjung untuk berjalan-jalan atau bersantai bersama keluarga sambil bergambar cantik.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung menikmati keunikan di Kampung Pulau Tengah antaranya :
- Merentasi denai Sungai Pengkalan Datu dengan melalui jambatan
- Menikmati hidangan makanan di atas pokok setinggi kira-kira 10 meter
- Menelusuri sungai dengan menaiki bot
- Melawat taman kelip-kelip serta ladang lebah kelulut
- Menuai nira nipah
- Mengutip lokan
Menerusi aktiviti menelusuri sungai akan melewati 3 kampung dari Kampung Pulau Tengah hingga ke Kampung Pulau Melaka memberi peluang kepada pengunjung melihat aktiviti komuniti setempat serta menikmati keindahan alam semulajadi di Sungai Pengkalan Datu.
Setakat ini 3 bot disediakan dan dapat menampung 18 orang penumpang pada setiap masa dengan kadar bayaran dikenakan antara RM10 hingga RM15 bermula 10 pagi hingga 6.30 petang.
Kini pendapatan peniaga di sekitar kampung ini mampu mececah sehingga RM1,000 sehari dan ianya satu perkembangan baik yang dilihat mampu menjadi sumber pendapatan kepada penduduk kampung.
Sumber: Bernama & Kredit Gambar: FB Yaho Bravo