Saksikan Keunikan Pakistan Dalam Video Terbaru Kina Omar

TRAVEL
December 10, 2019 - 10:05 AM


Nama Sakinah Omar boleh dikatakan idola dan sering menjadi rujukan ramai berikutan pengalamannya mengembara ke banyak tempat selain menjadi pengasas jejumuslimtravel.

Menerusi laman insta kina.omar, baru – baru ini beliau ada berkongsi video pendek berdurasi sekitar 4 minit 40 saat bagi menceritakan kecantikan dan keunikan Pakistan.

Menurut Kina, ramai yang tidak tahu bahawa Pakistan sebenarnya negara yang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ada gunung ganang yang indah selain budaya dan makanan yang pelbagai.

Baru dimuat naik sehari lepas, video 5 minit keunikan Pakistan ini telah mendapat hampir 10 ribu tontonan dan sekitar 190 komen.

Jom kita tengok video yang dimaksudkan :