
Semua Jenis Serbuk Mungkin Akan Dilarang Dalam Bagasi Tangan Penerbangan
TRAVELPeraturan baru untuk penerbangan mungkin akan di perkenalkan. Peraturan bahawa semua jenis serbuk termasuk alat solek, rempah dan kopi mungkin tidak di benarkan untuk di bawa ke dalam setiap penerbangan.
Gara-gara pegawai Australia menggagalkan rancangan untuk meletupkan penerbangan Etihad dari Sydney ke Abu Dhabi tahun lepas. Peraturan baru tentang serbuk telah pun di perkenalkan di Australia, New Zealand dan juga Amerika Syarikat.
Serangan keganasan hanya boleh dicegah apabila bagasi tersebut ditinggalkan di daftar masuk, kemungkinan kerana ia terlalu berat.
Terbaru United Kingdom (UK) juga mungkin akan memperkenalkan larangan sebegini di dalam semua penerbangan keluar dari United Kingdom.
Menurut The Times UK melaporkan bahawa peraturan baharu mungkin menjadikan serbuk di bawah sekatan yang sama seperti cecair.
Semua serbuk akan dikenakan sekatan kepada 56 gram dan perlu melalui pemeriksaan lanjut keselamatan.
Peraturan mengenai cecair diperkenalkan berikutan tragedi 9/11.
Bagaimanapun, timbul kebimbangan mengenai peraturan baharu mungkin menyebabkan barisan lebih panjang di bahagaian keselamatan lapangan terbang.
Fuh! Kalau betul larangan ni di perkuatkuasakan memang leceh jugalah nak packing barang "hand carry" ni. Last-last semua masuk begasi jer
-KeN
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video