Senarai Resort Mewah Terbaik Di Ubud, Bali

July 12, 2019 - 05:35 PM


Ubud merupakan salah satu bandar yang terletak di daerah Gianyar, Bali. Terkenal sebagai pusat kraftangan tradisional dan tarian, Ubud juga merupakan tempat terletaknya banyak tempat tarikan menarik seperti kuil – kuil yang menjadi lanskap penting pelancongan di Bali.

Selain itu, bandar yang terletak kira-kira 36 kilometer dari Lapangan Terbang Ngurah Rai ini juga terkenal dengan suasana yang tenang, aman dan nyaman. Sekiranya anda ke Bali untuk tenangkan fikiran, datanglah ke Ubud.

Kalau anda nak tahu, di Ubud juga terdapat banyak resort, hotel dan juga vila mewah yang sering terdapat dalam gambar promosi untuk ke Bali. Mana tidaknya, kebanyakan resort mewah di sini akan didirikan ditengah kawasan yang penuh dengan kehijauan alam yang akan menjanjikan pemandangan yang sangat menenangkan.

Kebanyakan hotel dan resort 5 bintang di Ubud ini mempunyai kemudahan spa selain reka bentuk binaan yang berinspirasikan binaan tempatan dan sengaja dibina supaya tidak menjejaskan keindahan alam sekelilingnya.

#1. Komaneka at Monkey Forest Ubud – 9.3

+ Hotel ini menawarkan harga jauh lebih murah berbanding hotel mewah lain di lokasi yang sama.

Lokasi : Jalan Monkey Forest, Ubud, Bali

Harga : RM883 +/-

 

#2. Ayung Resort, Ubud – 9.2

+ Menawarkan harga terbaik untuk penginapan bertaraf 5 bintang di Ubud.

+ Harga termasuk sarapan

Lokasi: Desa Melinggih Kelod Banjar Begawan, Payangan, Ubud, Bali

Harga : RM665 +/-

 

#3. The Kayon Jungle Resort – 9.6

Lokasi : Br. Bresela, Payangan, Ubud, Bali

Harga : RM1637 +/-

 

#4. Mandapa, A Ritz- Carlton Reserve – 9.5

Lokasi : Jalan Kedewatan, Banjar Kedewatan, Ubud, Bali

+ Berada dalam senarai hotel mewah terbaik di Asia ‘Top 25 Trip Advisor’

Harga : RM4800 +/-

 

#5. Bisma Eight Ubud – 9.2

+ Menangi anugerah pilihan ramai Agoda 2017

+ Rating terbaik secara keseluruhan dalam kategori

Lobby

Lokasi : Jl. Bisma, Ubud, Bali

Harga : RM 1320 +/-

 

#6. Padma Resort Ubud – 9.2

+ Berada dalam ‘Top 25’ Resort Mewah Terbaik Di Asia

Lokasi : Banjar Carik, Desa Puhu – Payangan, Ubud, Bali

Harga : RM 950 +/-

Sebenarnya, ada banyak lagi yang mewah dan harga berpatutan di sekitar Ubud ni... Cuba ke Agoda, TripAdvisor, Trivago - cari filter 5 star dan luxury. Harga berpuluh ribu pun ada. Hehe..

Nota Editor : Pertama kali jejak ke Ubud sebab cerita Perahu Kertas. Sejenis senang terpengaruh dengan lokasi filem. Hehe. Tapi tak dinafikan, memang cantik Ubud ni. Tenang je rasa...

Destination: