Siapa Kata Malaysia Takde Amazonnya Sendiri? Tak Percaya Korang Kena Cuba Bercuti Ke Kampung Beng, Perak!
TRAVELKorang tahu tak sebenarnya di negara kita pun mempunyai sebuah lokasi pelancongan seakan-akan sungai terpanjang di Benua Amerika iaitu Sungai Amazon.
Destinasi yang dimaksudkan adalah Kampung Beng, Lenggong, Perak atau lebih dikenali sebagai "Mini Amazon" Malaysia!
Bagi pengunjung yang pernah ke sini, Kampung Beng disifatkan mereka sebagai sebuah syurga yang tersembunyi kerana kehidupan di sini sangat tenang dan begitu mendamaikan.
Kampung Beng ini dahulunya cukup terkenal kerana seringkali dijadikan sebagai lokasi pengambaran filem antarabangsa antaranya filem ‘Anna and The King’.
Malah pelbagai iklan tempatan serta luar negara dihasilkan dari lokasi ini seperti iklan Hari Raya Petronas 2003.
Kampung Beng sebenarnya terletak di Sungai Chenderoh sejauh kira-kira 23 kilometer dari bandar Lenggong.
Mini Amazon Malaysia ini menawarkan suasana, pemandangan serta cabaran yang tak kurang hebatnya seperti di Sungai Amazon yang dikagumi dan menjadi tarikan kepada pelancong dunia.
Kalau korang seorang pemancing tegar, di sinilah lubuk memancing yang paling sesuai untuk korang kerana terdapat ikan jenis Peacock Bass, ikan haruan dan ikan sebarau.
Ada 2 cara untuk sampai ke Kampung Beng ini iaitu dengan menaiki bot dari Jeti Pengkalan Durian untuk menyusuri laluan sungai dan tasik.
Manakala cara kedua, korang boleh ikut jalan darat dengan memandu kenderaan sendiri tetapi ianya memakan masa lebih lama kerana jalannya yang bengkang-bengkok.
Jika berkunjung ke sini, korang boleh menginap di homestay yang banyak terdapat di Kampung Beng dan lokasinya juga cukup menarik iaitu di sepanjang persisiran Tasik Chenderoh.
Percaya atau tidak, ramai pelancong asing rata-ratanya dari Singapura, Jepun, Korea, China dan banyak lagi yang kerap datang ke Kampung Beng untuk bercuti dan wajarkah kita yang berada di dalam negara kita sendiri untuk tidak ambil tahu dan tidak datang melancong ke mari?
Jadi tunggu apa lagi, moh ke Kampung Beng dan rasai sendiri pengalaman berada di tengah-tengah Mini Amazon Malaysia ini!
Sumber: Orang Perak